suria

Tepati ramalan Sumpah (Naim Daniel) juara AJL34

Lagu Sumpah nyanyian Naim diumum juara AJL34.

SEPERTI dijangka ramai pihak, lagu ciptaan penyanyi Naim Daniel dan Omar K berjudul Sumpah merangkul gelaran juara Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun ramalan tepat, kali ini Neelofa jangka Sumpah (Naim Daniel) menang AJL34

Naib juara AJL34 pula milik lagu ciptaan Navigator dan Aman Ra berjudul Bangun.


Aman Ra meneurs lagu Bangun berjaya di tempat kedua.

Navigator dan Aman Ra yang juga penyanyi lagu itu membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.

Tempat ketiga milik lagu ciptaan HaelHusaini dan Ezra Kong berjudul Anta Permana yang dinyanyikan oleh Bob Yusof bergandingan dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Kemenangan itu membolehkan mereka berkongsi hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Anta Permana menang tempat ketiga.

Penyanyi Hafiz Suip dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Selain itu, Hafiz turut memenangi anugerah Persembahan Terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 serta trofi.

Penyanyi Haqeem Rusli yang menyanyikan lagu Lembah Kesepian menerima Anugerah Pilihan Setel.

AJL34 dihoskan oleh Awal Ashaari, Sherry AlHadad dan Haziq.

Persembahan pembuka tirai AJL 34 membariskan para pemenang vokal terbaik AJL yang lalu seperti Liza Hanim, Misha Omar, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Lah Ahmad, Black dan Hazami.

Persembahan interlude AJL 34 pula akan menampilkan karya-karya balada M.Nasir yang disampaikan oleh Ameng Spring, Fredo, Datuk Hattan, Datuk David Arumugam, dan Datuk M. Nasir sendiri.

Naim Daniel, AJL34

Artikel Lain