suria

Peminat Khai kecewa gosip kahwin Fikry dan Siti Nordiana - “Saya kenal mereka dah lama”

Khai Bahar turut terpalit gosip cinta antara Nana dan Fikry Ibrahim.

PENYANYI Khai Bahar memberitahu dia tidak terkesan dengan komen netizen yang mengaitkan dirinya dengan gosip cinta pelawak, Fikry Ibrahim dan Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana.

Khai, 25, berpendapat gosip percintaan Fikry dengan penyanyi lagu Hatiku Milikmu hanya sekadar gurauan dan salah faham dalam kalangan peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Fikry Ibrahim hantar rombongan merisik Siti Nordiana? - “Saya memang rancang nak kahwin tapi bukan tahun depan”

"Seperti yang dinafikan oleh Fikry sendiri, perkara itu hanyalah salah faham dan mereka hanya bergurau.

"Saya kenal Nana dan Fikry dah lama. Jadi bila dengar cerita itu saya hanya gelak sahaja," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Gandingan antara Khai Bahar dan Nana menerusi lagu Satukan Rasa.

Khai kemudiannya diminta mengulas mengenai sebuah artikel di ruangan gosip yang mendakwa rakannya, Fikry dan Nana bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan.

Susulan kenyataan tersebut, rata-rata peminat melahirkan rasa kecewa dan persoalkan hubungan Khai dan Nana sama ada mereka masih bercinta atau tidak.

Dalam pada itu, pemilik nama Muhammad Khairul Baharuddin ini berkata dia tidak dapat menghalang gosip-gosip yang tular itu dan meminta supaya netizen tidak terburu-buru dalam mempercayai sesuatu gosip.

Untuk berkahwin saya masih belum mempunyai target lagi sebab saya sendiri belum cukup stabil untuk fikirkan soal itu.

KHAI BAHAR

PENYANYI/PELAKON

Dalam pada itu, Khai berkata, dia belum mempunyai sebarang perancangan untuk mengakhiri zaman bujang kerana mahu menumpukan perhatian kepada kerjayanya.

"Untuk berkahwin sebenarnya saya masih belum mempunyai target lagi sebab saya sendiri belum cukup stabil untuk fikirkan soal itu.

"Kahwin pada saya bukan perkara yang boleh dibuat main. InsyaAllah, sampai masa nanti adalah. Jika jodoh itu datang awal, saya terima sahaja," katanya.

Komen yang ditinggalkan netizen berhubung gosip hubungan Nana dan Fikry.

Sementara itu, tidak kurang juga segelintir netizen yang berpendapat Fikry adalah jauh lebih matang jika dibandingkan dengan Khai biarpun usia yang sama.

"Itu atas pandangan individu itu sendiri, saya sendiri tidak boleh mengiyakan atau menidakkan pandangan mereka. Apa yang boleh saya cakap setiap orang ada hak masing-masing untuk bagi pendapat dan pandangan," ujarnya.

Khai sebelum ini pernah digandingkan bersama Nana menerusi drama Satukan Rasa dalam slot MegaDrama Astro Ria, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.

Khai Bhar, Nana, Fikry Ibrahim

Artikel Lain