suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mawar Rashid dan Raf timang cahaya mata

Mawar selamat bersalin pada malam Rabu.

PELAKON Mawar Rashid selamat melahirkan anak pertamanya secara normal pada pukul 11.33 malam Rabu.

Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya Raf Yakkob di Instagram pada Khamis.

Raf berkata, Mawar dan bayi berkenaan kini berada dalam keadaan baik.

"Syukur Alhamdulillah. Tanggal 13/3/2019 jam 11.33 malam, isteriku selamat melahirkan anak pertama kami secara normal, seperti yang diimpikan.

"Mummy dan bayi baik tapi hari ini kita beri Mawar rehat dahulu. Terima kasih kepada semua yang mendoakan," ujarnya.

Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob, 34, berkata, dia akan mendedahkan jantina bayi berkenaan dalam masa terdekat.

Pasangan ini berkahwin pada 9 November 2017. Raf sebelum ini turut mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.


Artikel Lain