“Saya sudah pulih, bukan semakin sakit” - Enot disangka kembali derita kanser - Hiburan | mStar

“Saya sudah pulih, bukan semakin sakit” - Enot disangka kembali derita kanser

Enot berkongsi gambar ketika dia menderita penyakit kanser usus tiga tahun lalu. Foto Instagram @enot_78

TINDAKAN pelakon dan pelawak Enot berkongsi foto ketika dirinya sedang menderita kanser usus tiga tahun lalu di Instagram miliknya mengundang salah faham apabila ramai menyangka dia sedang sakit.

Sebaliknya kata Enot, dia kini sudah sihat dan bebas kanser dan perkongsiannya itu sekadar menceritakan pengalamannya melawan penyakit itu sebelum ini.

"Assalamualaikum, maaf ya, gambar yang saya post sebelum ini, itu adalah gambar #throwback saya masa sakit dan bukannya saya makin sakit.

"Saya dah sihat, Alhamdulillah. saya dah sihat dan aktif berlakon balik... Jadi jangan risau okay, cuma doakan saya makin kuat, sihat, berjaya, bahagia dan kaya hahaha," tulisnya di Instagram.

Menerusi status tersebut, Enot mendedahkan dia pernah menghidap kanser usus pada 2013 dan berita itu benar-benar menghancurkan jiwa dan raganya sehingga dia menjadi buntu.

Enot menjelaskan dirinya sudah bebas daripada penyakit kanser.

Bagaimanapun kata Enot, dia mula tersedar bahawa dia perlu melawan penyakit itu demi anak-anaknya yang masih kecil dan memerlukan perhatiannya sebagai ibu.

Dalam pada itu, Enot berkata, dia berharap tiada pihak yang bertanya mengenai penderitaannya sebelum ini kerana ia perkara yang tidak ingin diingatinya lagi.

Malah dia turut berharap sekiranya ada di antara pengikutnya yang menghidapi kansert agar terus berfikiran positif dan kuat untuk melawan penyakit mereka.

"Alhamdulillah semuanya sudah berakhir tiga tahun lepas... Jadi jangan ada lagi yang bertanyakan tentang penyakit saya. Pemulihan untuk melupakan kesakitan itu tidak semudah yang disangka," ujarnya.

Sementara itu, Enot berkata, tahun ini dia ingin kembali aktif dalam bidang seni dan yakin 2019 akan menjadi tahun kebangkitan dan kejayaan kepadanya.

Enot

Artikel Berikut

Artikel Lain