suria

Ben Amir tak pernah bercinta dengan Uqasha... Kali ini dedah ciri-ciri wanita pilihan!

Ben hanya berkawan rapat dengan Uqasha, tak pernah bercinta! Foto: NORAFIFI EHSAN

MASIH diajukan soalan mengenai gosip cinta dengan aktres Uqasha Senrose, pelakon Ben Amir menjelaskan mereka tiada sebarang hubungan cinta dan hanya sekadar teman biasa.

Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 28, berkata tidak pernah wujud sebarang ikatan cinta antara mereka dan menganggap apa yang diperkatakan oleh netizen itu hanya sekadar gosip semata-mata.

"Saya dengan Uqasha masih berkawan, sebelum ni pun kami tak pernah mengaku bercinta, hanya sekadar kawan-kawan sahaja.

"Mungkin orang salah faham, hakikatnya hubungan rapat kami sebagai kawan dan biasalah gosip-gosip ini. 

"Sekarang ini masa untuk saya fokus dengan kerjaya lakonan terlebih dahulu. Soal cinta dan hati letak tepi dahulu," katanya kepada mStar Online.

Ben senang bekerjasama dengan Uqasha.

Ben Amir ditemui semasa penggambaran dan sidang media drama komedi Spanar Jaya X di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, pada Isnin.

Sitkom terbitan Enfiniti Production ini bakal ditayangkan di TV3 setiap Sabtu bermula 2 Februari tahun depan.

Selain Ben Amir, drama ini turut dibintangi oleh Opie Zami, Uqasha, Dougles Lim, Sangeeta, dan Teh Yang

Ditanya mengenai waktu dia bakal menamatkan zaman bujang, Ben meletakkan sasaran usia 32 tahun ke atas.

Barisan pelakon Spanar Jaya X. Dari kiri, Douglas, Uqasha, Ben Amir dan Sangeeta.

Dia turut memberitahu tidak meletakkan sebarang kriteria atau ciri-ciri khusus untuk bakal kekasihnya itu.

"Saya hanya harapkan bakal teman wanita atau isteri itu nanti memahami kerjaya seni saya dan tak terlalu bergantung... maknanya boleh berdikari.

"Wanita itu lebih muda atau berusia pun saya tak kisah asalkan ada keserasian dan pandai mengambil hati.

"Kalau tanya sasaran waktu untuk tamatkan zaman bujang, saya letak umur 32 tahun. Waktu itu mungkin karier saya lebih baik dan baru boleh fikir tentang perkahwinan," katanya.

Ben Amir, uqasha Senrose

Artikel Lain