suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fathia dakwa Aiman Hakim sekat panggilan selepas tuntut hutang

Aiman dan Fathia pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun. Foto Arkib THE STAR

PELAKON Fathia Latiff terus mencetuskan kontroversi apabila mendakwa bekas kekasih, aktor Aiman Hakim Redza enggan melunaskan wang yang dipinjam daripadanya.

Menerusi posting di Instagram, Fathia mendakwa, Aiman menyekat panggilannya apabila dia cuba meminta pelakon itu membayar kembali wang tersebut.

Bagaimanapun Fathia tidak menyatakan jumlah wang yang dipinjam kepada Aiman.

"Ni lagi sorang! Duit aku bila nak bayar? Bila minta duit 'block' panggilan. Kalau handsome takpe la juga," tulisnya.

Fathia mendedahkan Aiman berhutang dengannya.

Dalam pada itu, Fathia turut menggelar Aiman sebagai lelaki dayus menerusi posting berkenaan selain memuat naik gambar pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu.

"Dayus detected #rempitModeOn @aimanhakimredza," tulisnya lagi.

Status yang dimuat naik sejak 30 minit lalu itu, sudah pun mendapat 10,000 like daripada pengikutnya namun Fathia sudah pun memadam gambar tersebut.

Netizen mula bertanyakan mengenai dakwaan terbaharu itu di Instagram Aiman.

Sementara itu, pemeriksaan di Instagram milik Aiman, peminat mula menghujani ruangan komen pada gambarnya bertanyakan tentang kesahihan dakwaan dibuat Fathia terhadapnya.

Aiman dan Fathia pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun namun mereka berpisah pada 2015.

Bagaimanapun setahun selepas berpisah, Fathia pernah memberitahu hubungannya dengan Aiman kembali pulih sebagai kawan bagi memenuhi tuntutan agama Islam yang melarang memutuskan silaturahim sesama manusia.

Sebelum ini, Fathia pernah bertindak memuat naik gambar penyanyi remaja Ismail Izzani yang sedang berpeluk dengan Zarina Anjoulie dipercayai di sebuah kelab di Instagramnya.

Fathia Latiff, Aiman Hakim Ridza

Artikel Lain