suria

"Jangan fitnah!... kekasih saya bukan suami Sharifah Sakinah"

Wanita ini nafi ada hubungan dengan suami Sharifah Sakinah.

SEORANG wanita tampil menjelaskan bahawa teman lelakinya bukanlah suami kepada aktres Sharifah Sakinah seperti yang dituduh netizen pada Jumaat.

Wanita yang menggunakan nama Memey itu berkata, salah faham timbul mungkin kerana dia tidak pernah memuat naik foto sebenar wajah kekasihnya yang dikatakan sama seperti suami pelakon berkenaan.

"Bila benda ini sudah viral makin teruk dan kawan-kawan serta keluarga pun dah nasihatkan, jadi saya terpaksa muat naik gambar teman lelaki saya.

"Dan ya, teman lelaki saya bukan suami dia (Sharifah Sakinah) atau suami siapa-siapa, bukan tunang atau kekasih siapa-siapa. Saya tidak tahu macam mana orang boleh kata sama," katanya kepada mStar Online.

Sharifah Sakinah pada Jumaat memuat naik paparan skrin mesej peribadi yang diterima daripada sebuah akaun yang menuduh suaminya mempunyai hubungan dengan seorang wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tolong berambus” - Itu jawapan Sharifah Sakinah

Pelakon berkenaan turut memberi amaran kepada orang luar agar tidak mencampuri urusan rumah tangganya.

Dia juga memuat naik wajah wanita bersama seorang lelaki yang dihantar oleh netizen kepadanya.

Sakinah dan suaminya, Aliff Adha, 29, yang juga seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada Mac 2015.

Pasangan ini menimang cahaya mata yang kini berusia setahun.

Dalam pada itu, wanita yang juga seorang pramugari sebuah syarikat peberbangan itu berkata, dia tidak pernah mendedahkan wajah sebenar kekasihnya bagi menjaga kehidupan peribadinya.

Bagaimanapun, dia kesal apabila ada netizen yang cuba membuat fitnah dan menghantar gambar-gambar peribadinya kepada pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka itu.

"Saya tak suka dedahkan siapa kekasih saya sebab tidak mahu orang tahu dia kerja apa, anak siapa semua tu.

"Tolong faham, itu privasi saya dan tidak ada sebab lain pun saya nak sorok," ujarnya.

Dia juga menasihatkan agar netizen tidak membuat tindakan tanpa usul periksa yang boleh meruntuhkan rumah tangga orang lain.

"Pada yang dah fitnah saya tu, saya harap anda sedar kesan perbuatan tu. Sekarang anda boleh cakap tak tuduh dan hanya tanya. Tanya ke macam tu kalau sampai hantar gambar kami dekat dia?," soalnya.

Sharufah Sakinah

Artikel Lain