Kerabat diraja itu ada minta nombor telefon Ain Edruce - Hiburan | mStar

Kerabat diraja itu ada minta nombor telefon Ain Edruce

Ain Edruce

PENGACARA dan pelakon baharu Ain Edruce menegaskan hubungan dia dengan seorang kerabat diraja hanya sekadar kenalan di laman sosial sahaja. 

Ain atau nama penuhnya Nurulain Edruce, 27, berkata dia tidak mengenali secara rapat individu tersebut seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan. 

“Sebenarnya semua itu salah faham. Saya dan kerabat itu hanya berkawan di alam maya sahaja. Itu pun sekadar tegur-tegur di Instagram. 

“Memang saya kenal dia dah dua tahun tapi hanya dalam laman sosial sahaja. Tidak pernah terfikir untuk berkawan luar daripada Instagram,” kata Ain kepada mStar Online. 

Ain diminta mengulas artikel mengenai dia sedang berkawan dengan kerabat diraja dari sebuah negeri.

Pelakon drama bersiri Kekasih Paksa Rela ini tidak menafikan individu itu pernah meminta nombor telefonnya  namun dia enggan memberi. 

Menurut Ain, dia tidak mahu mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana kerabat atau lelaki yang mempunyai status VIP dan selebriti.

“Tak dinafikan memang kerabat itu pernah minta nombor tapi saya tak nak bagi. Sebab saya tak nak ada apa-apa hubungan dengan kerabat diraja. 

“Kalau saya nak ada kekasih, biarlah dia orang biasa sahaja. Saya tak nak kerabat atau VIP dan selebriti,” ujarnya. 

Dalam pada itu, Ain juga mengakui pernah bercinta dengan adik pelakon Elfira Loy iaitu Ahmad Ezzrin Loy namun hubungan tersebut sudah berakhir.

Bagaimanapun, dia masih berkawan dengan Ezzrin dan mempunyai hubungan baik dengan keluarga bekas kekasihnya itu. 

“Walaupun sudah berpisah, saya dan dia masih lagi berkawan baik. Malah, hubungan saya dengan keluarga dia pun masih rapat. Ibu dia dah macam ibu saya sendiri,” katanya. 

Sementara itu, Ain kini lebih memberi tumpuan kepada bidang pengacaraan biarpun banyak menerima tawaran berlakon. 

“Tahun ini saya nak fokus pada pengacaraan sahaja. Dari dulu lagi saya minat jadi pengacara dan berlakon ini tengok pada kesesuaian sahaja.  

“Kalau ada watak dan jalan cerita yang berbaloi, barulah saya akan fikirkan. Lagipun, penggambaran drama ambil masa yang lama. Kalau telemovie, saya boleh terima,” kata Ain.

Ain Edruce

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain