Sufian Suhaimi Tukar Nombor Telefon, Enggan Diganggu Isu Putus Tunang - Hiburan | mStar

Sufian Suhaimi Tukar Nombor Telefon, Enggan Diganggu Isu Putus Tunang

Status hubungan Sufian dan Elfira menjadi tanda tanya. Foto Instagram: @elfiraloy / @sufiansuhaimi_

STATUS hubungan Sufian Suhaimi dan pelakon Elfira Loy terus menjadi tanda tanya apabila pertunangan mereka dikatakan sudah berakhir.

Pasangan berkenaan dikatakan menunggu masa sesuai untuk mengumumkan perkara berkenaan.

Usaha mStar Online mendapatkan kesahihan perkara itu gagal apabila Sufian minta ruang dan tidak mahu diganggu buat sementara waktu.

Menurut pengurusnya, Mahadhir Mohamad, penyanyi berusia 25 tahun itu juga sudah menukar nombor telefon peribadi atas sebab-sebab berkenaan.

"Dia tukar nombor peribadi dan tak mahu diganggu," jawabnya ringkas.

ARTIKEL PENUH: “Hubungan Kami Kini Rumit” - Sufian Suhaimi

Penampilan terbaharu Sufian ketika menghadiri malam kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke 32, Ahad lalu.

Difahamkan Elfira pula kini berada di Amerika Syarikat bersama keluarganya.

Sebelum ini, tindakan penyanyi lagu Terasa Ada ini memuat naik foto kapsyen di Instastory mengundang persoalan netizen yang berasakan ia ditujukan kepada Elfira Loy.

Malah, ada netizen yang meninggalkan komen di Facebook milik sebuah portal berita memberitahu hubungan mereka telah berakhir minggu lalu.

Foto (kiri) dimuat naik Sufian di Instastory dan kanan, komen netizen mengenai hubungan mereka.

Pasangan selebriti ini mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu di Cheras, Kuala Lumpur.

Pada 23 Januari lalu, portal ini ada melaporkan Sufian mengakui hubungannya dengan Elfira melalui fasa yang rumit.

Bagaimanapun, dia sentiasa berdoa yang terbaik agar hubungan yang dibina itu berakhir seperti dirancang.

Pasangan ini merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Mac ini.

"Boleh dikatakan hubungan kami dalam keadaan complicated. Ia bukan kerana berhadapan masalah tapi sesuatu yang sukar dijelaskan. Seperti pasangan bertunang yang lain, kami melalui fasa ujian bertunang.

"Hanya kami berdua yang tahu apa yang berlaku dan mengharapkan pengakhiran yang baik," ujarnya.

Perancangan awal perkahwinan mereka pada bulan depan namun sehingga kini kedua-duanya masih belum memaklumkan tarikh sebenar pernikahan.

Sufian Suhaimi , Elfira Loy

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa