suria

Perasaan Gementar Syamel Hilang Melihat Wajah Ernie Zakri

Ernie dan Syamel memenangi anugerah Vokal Terbaik AJL 32. Foto: @tv3malaysia.

PENYANYI Syamel akui berasa gementar apabila melihat perjalanan latihan finalis Anugerah Juara Lagu Ke 32 (AJL32) sebelum malam kemuncak acara itu Ahad lalu.

Namun pada malam pertandingan, perasaan itu hilang selepas dia dapat melihat wajah pasangan duetnya, Ernie Zakri untuk menjiwai lagu nyanyian mereka, Aku Cinta.

"Sebelum kami nak buat persembahan, Ernie ada berpesan jangan terlebih buat sebab saya dah rasa gementar apabila melihat sesi latihan semua finalis.

"Namun, ketika persembahan saya hanya tengok muka dia dan dapat menjiwai lagu itu. Saya sangat berterima kasih kepada Ernie yang dapat menyanyi dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN Kenapa Syamel Panggil Sayang? Keluarga Ernie Pula Kecewa

Keserasian Syamel dan Ernie mula timbul sejak digandingkan dalam program Duo Star tahun lalu. Foto: @aqoimran.

"Dia berikan yang terbaik dan saya pun cuba yang terbaik untuk dia," kata Syamel kepada mStar Online.

Pasangan itu merangkul anugerah Vokal Terbaik AJL32 menerusi lagu Aku Cinta di malam anugerah berprestij itu yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Ketua juri AJL32, komposer Azmeer memberitahu Syamel dan Ernie mempunyai vokal yang sempurna sehingga mereka tidak ada berlaku sumbang.

Kata Ernie mereka tak menjangka akan memenangi anugerah tersebut memandangkan beberapa orang finalis lain turut mempunyai vokal yang lebih bagus.

Syamel dan Ernie memiliki vokal yang sempurna. Foto: @kakifoto_.

"Kami tak meletakkan harapan untuk kalahkan sesiapa. Sebab bagi saya vokal yang paling menyerlah dan sedap didengari adalah Salma dan Dayang Nurfaizah.

"Memang tak dijangka tapi ia adalah rezeki kami. Kalau nak ikutkan, habis menyanyi kami rasa puas hati sebab dah buat persembahan di pentas berprestij itu. Kira dah bersyukur," ujar Ernie.

Pada malam itu menyaksikan lagu Jampi diumumkan sebagai juara, manakala lagu Sejati nyanyian Azmi Caliph Buskers di tempat kedua.

Lagu Tergantung Sepi yang dinyanyikan oleh Haqiem Rusli pula mendapat tempat ketiga dan persembahan terbaik dimenangi oleh Altimet menerusi lagu Amboi.

Syamel, Ernie Zakri

Artikel Lain