“Tak Sabar Lagu Saya Sendiri” - Baby Shima - Hiburan | mStar

“Tak Sabar Lagu Saya Sendiri” - Baby Shima

Baby Shima memperjelaskan mengenai single pertama nyanyiannya berjudul Tak Sabar. Foto Instagram: babyshimaofficial

PENYANYI Baby Shima menjelaskan lagu berjudul Tak Sabar yang dinyanyikan di Instagram miliknya pada Sabtu merupakan lagu nyanyiannya.

Menurut Shima, 24, lagu tersebut merupakan single pertama yang dirakam pada awal kemunculan sebagai penyanyi kira-kira lima tahun lalu.

"Tak Sabar merupakan single pertama nyanyian saya yang dicipta oleh Edry Abd Halim dan muzik video lagu tersebut diterbitkan oleh KRU Music.

"Itu bukan lagu orang lain, itu lagu saya sendiri," katanya.

Shima menerima mesej peribadi di laman Instagram.

Shima berkata demikian bagi menjawab persoalan seorang pengikut yang menyangka dia menyanyikan lagu milik penyanyi lain.

Menerusi mesej peribadi di Instagram, akaun dengan nama Nana Beauty menulis, "Please lah tak payah ambil lagu orang, tak boleh buat lagu sendiri ke? Tak ada lagu ke? adoi... please lah Shima".

Dalam pada itu, Shima turut berkata tiada masalah jika dia ingin menyanyikan lagu penyanyi lain.

Malah, dia sempat menasihati individu berkenaan supaya tidak sewenang-wenangnya menulis sesuatu perkara jika tidak mengetahui hal sebenar.

Nama Baby Shima turut dikenali di Indonesia.

"Kalau Shima nyanyi lagu orang pun rasanya tak ada masalah. Oh ya, boleh tahu lagu siapa yang Shima ambil ya?

"Shima tanya di inbox tak pula jawab? Lain kali jangan main tulis saja," katanya.

Sementara itu, bekas finalis program realiti D'Academy Asia musim ketiga ini turut menyenaraikan beberapa buah lagu nyanyiannya sendiri.

Antaranya ialah Nombor Dua, Mawar Putih Tanda Perpisahan, Seloka Hari Raya, Abang Satu Ringgit dan Makan Hati.

Baby Shima

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mak Nyah maut dibelasah sekumpulan lelaki

Mas Ermieyati sertai Bersatu