suria

Ikut Pesan Orang Dulu-Dulu - Ramona Zamzam

Ramona belum sedia dedahkan wajah dan nama anak. Foto Instagram: @ramona_zamzam

PELAKON Ramona Zamzam berkata dia belum bersedia berkongsi foto dan nama anak sulungnya yang kini sudah memasuki usia dua minggu.

Menurut Ramona atau Ros Ramina Qadira Mohd Zamzam, 27, dia mendapat nasihat daripada keluarga supaya tidak memuat naik foto bayi perempuan mereka di laman sosial.

"Ibu dan ibu mertua minta saya untuk tidak berkongsi gambar bayi ketika masih dalam pantang, jadi saya ikut sajalah nasihat orang dulu-dulu.

Ramona dan suami teruja menyambut kelahiran cahaya mata sulung.

"Memang ramai yang bertanya tentang hal ini, tiba masanya nanti saya akan kongsikan dengan peminat wajah baby kami," katanya kepada mStar Online.

Ramona diminta menjawab persoalan netizen yang tertanya-tanya mengapa foto bayinya itu tidak dimuat naik di laman sosial.

Bekas finalis Dewi Remaja 2009/10 ini selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 7 Disember lalu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Pengalaman melahirkan zuriat merupakan saat paling indah dalam hidup Ramona.

Sementara itu, Ramona memaklumkan sudah mendaftarkan nama puteri sulung mereka, namun masih belum bersedia mengumumkan nama tersebut.

"Sekarang baby sudah berusia hampir dua minggu. Nama dah ada, apabila tiba masa kami akan kongsi nama anak.

"Nama yang diberi membawa maksud yang baik-baik dan mudah untuk diingati!," ujarnya.

Ramona dan suami, Rami Alashkar.

Dalam pada itu, isteri kepada Rami Alashkar, 29, ini turut berkongsi pengalaman bergelar seorang ibu.

"Pengalaman menjadi ibu, saya berada dalam bilik bersalin hampir 12 jam. Alhamdullilah, bayi selamat dilahirkan secara normal.

"Syukur kerana suami sentiasa ada disisi dan memberi semangat kepada saya sepanjang melalui saat-saat mendebarkan itu," ceritanya.

Ramona dan Rami berkahwin pada 1 Mei 2015 selepas menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.

Ramona Zamzam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Duka dipecat Chelsea, Lampard luah rasa hati

Chelsea pecat pengurus Frank Lampard