suria

Foto Ismail Izzani Minum Air Dikecam

Foto Ismail minum air dengan memakai mask hanya untuk bergurau sahaja.

PENYANYI remaja Ismail Izzani menjadi perhatian netizen di laman Twitter gara-gara foto yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Foto tersebut menjadi tular dan mendapat kecaman daripada netizen yang mempersoalkan bagaimana penyanyi itu minum air dengan memakai topeng dengan menutup mulut.

"Apa sebab minum pakai mask. Acah-acah biarlah logik. Rosak generasi. Peace yaw," kata pemilik akaun @khaeirulaiezan.

"Macam mana abang Ismail nak minum bila abang pakai mask tu," kata @hell0mariam._.

Menerusi kapsyen di foto tersebut, Ismail mengatakan ia hanya sekadar gurauan sahaja.

Foto yang dimuat naik Ismail telah mengundang kecaman netizen. 

"Tak tahu lah nak minum macam mana. #janganmarah #kitagurauje #sabar #demikita," kata Ismail.

Foto yang dikongsi pada 18 Oktober lalu telah mendapat lebih 54,000 tanda suka (likes) dan dipenuhi 423 komen.

Bagaimanapun, masih ada segelintir pengikut di laman Instagramnya yang menyelar semula netizen yang suka mencari kesalahan orang lain.

Kata @symlfahim,"Macam mana Malaysia nak aman kalau kerja asyik mengecam je haih."

"Melayu dengan kecam adik beradik. Memang merosakkan kaum sendiri buat orang yang kecam ni," tulis @naufalzeee.

Ismail Izzani

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain