suria

Dengan Berat Hati, Hans Isaac Batal Kahwin!

Hans Issac dan Gabrielle Robinson sepatutnya berkahwin pada 29 Julai lalu.

PETALING JAYA: Krisis hubungan antara Datuk Hans Isaac dengan tunangnya Gabrielle Robinson yang menjadi persoalan kebelakangan ini ternokhtah apabila aktor itu membuat keputusan membatalkan perkahwinan mereka.

Hans dan Gabrielle Robinson yang juga seorang model sepatutnya berkahwin pada 29 Julai lalu dan ditunda kepada tarikh yang tidak dimaklumkan.

Hans, 46, menerusi kenyataan ringkas kepada mStar Online pada Isnin memberitahu keputusan dibuatnya setelah berfikir panjang selepas mereka mengikat tali pertunangan pada 29 Januari lalu.

Hans Isaac Jawab Khabar Angin Putus Tunang

Semuanya hanya tinggal kenangan.

"Dengan berat hati saya umumkan bahawa rancangan saya untuk berkahwin, setelah bertunang pada 29 Januari awal tahun ini, terpaksa dibatalkan.

"Keputusan untuk membatalkan rancangan perkahwinan ini tidak mudah dan dibuat setelah berfikir panjang susulan daripada pertunangan tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Hans memohon maaf kepada semua rakan dan keluarga yang telah memberikan sokongan yang tak terhingga dan mendoakan terbaik buatnya.

Sementara itu menerusi laman Instagram pada Isnin Hans memuat naik status peribahasa dalam Bahasa Inggeris iaitu Never Doubt Your Instinct (tidak meragui naluri anda) bersama kapsyen A leopard will never change HER spots ! Time to move on (Harimau Bintang tidak akan bertukar bintiknya! masa untuk teruskan hidup).

Ia bermakna seseorang itu tidak akan berubah.

Tidak pasti ia ditujukan kepada sesiapa namun berdasarkan kepada komen yang dikongsi oleh pengikutnya, ia seolah-olah menggambarkan mengenai status hubungannya itu.

Pada Ogos lalu, Hans menolak khabar angin pertunangannya dengan Gabrielle sudah berakhir selepas kedua-dua mereka menghapuskan gambar-gambar bersama di Instagram.

Hans Issac, Gabrielle Robinson

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Minggu Pertama Semua Bagus

Artikel Lain