suria

Siti Nurhaliza Berkerusi Roda Jadi Perhatian

Siti Nurhaliza terpaksa naik kerusi roda disebabkan tidak larat untuk berjalan jauh. Foto Instagram: @ctdk.

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini hamil hampir lima bulan semakin tidak mampu untuk berjalan jauh sehingga terpaksa ditolak menggunakan kerusi roda.

Menerusi Instagram miliknya, Siti Nurhaliza, 38, memuat naik video suaminya, Datuk Seri Khalid menolak kerusi roda yang dinaikinya di sebuah pusat beli belah.

"Jalan jauh tak larat, jadinya saya naik kerusi roda... #suamipecutmacamferrarri," kata Siti.

Artikel Berkaitan: Ketahuilah... Sukarnya Untuk Siti Hamil

Video tersebut telah menarik minat 730,000 penonton dan lebih 2,700 komen ditinggalkan daripada pengikut laman Instagramnya.

Jalan jauh tak larat, jadinya saya naik kerusi roda .. #suamipecutmacamferrarri

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Rata-rata peminat Siti faham dengan keadaannya dan ada juga berkongsi pengalaman yang sama ketika mereka sedang mengandung.

"Sama macam saya dulu. Mengandung cepat mengah sampai suami pimpin. Nak pakai baju pun semput.

"Semua itu pembawakan bukan mengada. Faham sangat tengok @ctdk kena bawa naik kerusi roda," kata pemilik akaun Ratuezza91.

Selain itu, mereka juga mendoakan Siti dan juga bayi dalam kandungannya agar sihat.

Pada 13 Oktober lalu, Siti menamatkan teka-teki mengenai kehamilannya apbila beliau mengesahkan sedang mengandung empat bulan selepas 11 tahun kahwin.

Datuk Seri Siti Nurhaliza

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain