Sakit Kerana Salah Sendiri - Ismail Izzani - Hiburan | mStar

Sakit Kerana Salah Sendiri - Ismail Izzani

Ismail tidak mahu menjalani pembedahan membuang tonsil demi karier nyanyiannya.

DEMI meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian, penyanyi baharu Ismail Izzani tidak mahu melakukan pembedahan membuang tonsil biarpun sudah serius.

Ismail, 17, berkata dia membuat keputusan tersebut disebabkan bimbang suaranya tidak akan sama seperti sekarang jika melakukan pembedahan itu.

"Saya sepatutnya perlu melakukan pembedahan membuang tonsil sebab ia dah teruk. Tapi saya ambil keputusan untuk tidak melakukannya.

Ismail dimasukkan hospital pada awal Oktober lalu. 

"Kalau saya buat juga akan kehilangan suara selama lebih lima bulan. Jadi, saya pilih untuk pulih secara sendiri.

"Bidang nyanyian adalah minat saya. Tambahan pula, ada banyak acara dan program yang saya perlu hadir," kata Ismail kepada mStar Online.

Tambah penyanyi lagu Sabar ini, doktor menasihati dia supaya menjaga pemakanan dan minuman serta mengambil ubat untuk memulihkan masalah tonsil.

Ismail mengakui tonsil yang dihidapinya itu sejak kecil lagi semakiin teruk disebabkan perbuatannya sendiri.

Ismail Izzani.

"Buat masa ini, doktor suruh makan ubat, jaga pemakanan dan minum air masak dengan banyak.

"Supaya tonsil boleh baik dengan sendiri. Saya ada masalah tonsil sejak kecil lagi. Tapi semakin teruk disebabkan salah sendiri.

"Saya suka makan dan minum air yang tidak sepatutnya sehingga membuatkan tonsil berdarah," ujarnya.

Ismail dimasukkan ke sebuah hospital swasta untuk merawat masalah tonsil pada 6 Oktober lalu selama empat hari.

Dalam perkembangan lain, Ismail teruja apabila bakal beraksi di pentas separuh akhir Muzik-Muzik 32.

"Saya sangat gembira dapat berita yang saya berjaya ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik.

"Tak sangka sebab ramai lagi saingan yang hebat-hebat. Saya berharap sangat impian untuk membawa lagu Sabar ini masuk ke Anugerah Juara Lagu akan tercapai," katanya.

Dia kini sedang sibuk mempromsikan single terbaru berjudul Demi Kita.

Ismail Izzani

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

DC3 2017 Tawar Hadiah Hampir RM100,000

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?