suria

Aeril Zafrel Usik Isteri

Aeril memuat naik foto gambar dia disunting.

PELAKON Aeril Zafril menarik perhatian netizen apabila memuat naik dua keping gambar isterinya yang telah diedit bersama seorang pemuda berbangsa India di laman Instagramnya. 

Menerusi kapsyen foto tersebut, Aeril dalam nada bergurau menyoal siapa yang bertanggungjawab menyunting gambar itu dan meminta supaya individu berkenaan mengaku.

"Hoii. Sapa punya kerja ni ?? Haha baik ngaku oii," tulis Aeril.

Aeril memuat naik foto yang sudah disunting oleh seseorang di laman Instagramnya. 

Perkongsian itu sehingga hari ini sudah mendapat lebih 33.4 ribu jumlah tanda suka dan dihujani lebih seribu komen yang rata-ratanya terhibur dengan gambar itu.

"Haha abang @aeril_zafrel ,bile abang buat pembedahan plastik ni lawak lah," tulis qurrtzu_zin.

Namun, terdapat seorang individu yang menuduh perkongsian gambar itu menyentuh sensitiviti kaum di Malaysia. Bagaimanapun, dia telah memadam komen tersebut.

Foto Wawa dan Aeril yang disunting menjadi seorang lelaki berbangsa India menarik perhatian netizen. 

Individu tersebut menarik perhatian Aeril yang membuat komen balas dan menyoal individu tersebut.

"Perkauman? bahagian mana yang nampak ada unsur perkauman?" soal Aeril.

Beberapa pengguna Instagram turut bersetuju dengan pelakon itu dan turut memberi komen balas.

"Jangan ambil serius dan jangan salahkan Aeril. Dia pun tak tahu siapa yang edit gambar ni," tulis garrix_96

Seorang lagi pengguna Instagram dengan nama _tuan_kay_abdul_ghnai_ turut meminta individu berkenaan berfikir positif dan tidak mengaitkan gambar itu dengan isu perkauman.

Aeril Zafrel, Wawa Zainal

Artikel Lain