suria

“Jangan Sampai Bukti Lain Keluar” - Pesan Mona

Shahir kini terpalit dengan gosip baharu selepas dikaitkan dengan seorang pramugari.

PETALING JAYA: Wanita yang dikaitkan dengan Shahir Zawawi meminta penyanyi itu sendiri membuka mulut untuk menjelaskan perkara sebenar mengenai hubungan mereka. 

Mona atau Mona Syamimi Mohd Samsudin, 27, berkata, dia bukanlah peminat Shahir atau penyokongnya dalam AF Megastar  seperti didakwa penyanyi itu malah tidak pernah pun meminati rancangan berkenaan. 

"Saya bukan peminat atau penyokong dia seperti yang didakwa. Saya tak minat pun program realiti tersebut,” katanya kepada mStar Online. 

Apa Hubungan Shahir Dengan Pramugari Ini?

Mona diminta mengulas hubungannya dengan Shahir selepas gambar mereka keluar menjadi tular di media sosial.

Shahir akan menempuh AF Megastar peringkat final pada Ahad ini. 

Malah Shahir berkata, wanita yang bekerja sebagai pramugari itu peminatnya dan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan. 

Kata Mona, dia mengenali Shahir menerusi laman Instagram dan mula rapat sejak sebulan lalu. 

Malah dia mengakui kerap keluar bersama Shahir secara berdua dan juga bersama teman-teman lain. 

"Kami berkenalan kira-kira sebulan lalu menerusi Instagram dan boleh dikatakan kerap juga keluar berdua dan ada kalanya beramai-ramai.

"Cuma sekarang saya sibuk dan dia pula sibuk dengan final AF Megastar," jelasnya.

 

Dalam pada itu, Mona berkata, dia enggan mengulas mengenai hubungan tersebut sebaliknya meminta Shahir sendiri bercerita mengenainya namun hubungan mereka masih dalam fasa berkawan buat masa ini. 

"Entahlah kami mungkin dalam fasa berkawan lagi. Apa-apa pun tanya dia semula tentang hubungan ini.

"Jangan sampai ada bukti lain pula keluar cukuplah," ujarnya. 

Sementara itu, Mona mengakui dia juga mengetahui mengenai hubungan penyanyi itu dengan pelakon Erra Fazira.  

"Ya, saya tahu tentang perkara itu tapi tidak seperti dilapor media," ujarnya. 

Shahir, AF Megastar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bahaya Panggil Mila Jutawan

Artikel Lain