suria

“Inilah Tanda Cinta” - Nora Danish Hamil 3 Bulan

Nora Danish dan Nedim Nazri benar-benar gembira dengan berita kehamilan diterima mereka.

PETALING JAYA: Tanda tanya mengenai kehamilan Nora Danish seperti dipersoalkan netizen terlerai apabila aktres itu mengesahkan dia sudah hamil tiga bulan. 

Nora atau Nora Danish Mohd Hanif, 35,  berkata, berita kehamilan itu benar-benar memberi keterujaan kepada dirinya terutama sekali suami, Nedim Nazri. 

“Saya amat gembira dengan perkhabaran ini termasuklah suami. Malah suami bertambah teruja kerana dia sendiri mempunyai pengalaman memilki anak sbelum ini,” kata Nora.

Nora Danish Dah Ada 'Baby Bump'? 

Ujar pelakon ini lagi, atas nasihat doktor dia terpaksa  memperlahan kerjaya seninya demi menjaga anak dalam kandungannya itu. 

Tambah Nora lagi, walaupun mereka sudah memiliki anak hasil perkahwinan terdahulu, namun keterujaan bagi kehamilan ini luar biasa kerana ia membuktikan tanda cinta mereka berdua. 

Nora dan Nedim bernikah pada 30 Mac 2017 pada satu majlis tertutup. 

Nora memilki seorang anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan  Rizal Ashram iaitu Putra Rayqal yang kini berusia lapan tahun. 

Nedim pula mempunyai anak daripada perkahwinaannya dengan wanita yang dikenali sebagai Nabilah Khan iaitu Nedrin yang berumur lima tahun.

Nora Danish, Nedim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain