suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyampai Berita Sebak Baca Tragedi Tahfiz

Nor Intan Ezreena menundukkan kepala kerana berasa sebak ketika membaca teks mengenai tragedi tahfiz.

PETALING JAYA: Kesedihan akibat kebakaran ngeri yang meragut 23 nyawa di pusat Tahfiz Darul-Quran Ittifiqayah, Keramat, bukan sahaja meruntum jiwa seluruh rakyat Malaysia sebaliknya turut mengundang rasa sebak penyampai berita Buletin Utama.

Peristiwa itu dapat dilihat semasa Nor Intan Ezreena Amir Hamzah yang berpasangan dengan Kamaruddin Mape pada malam Khamis tidak dapat membaca teks berita dengan lancar sebaliknya tersekat-sekat.

Ia berlaku sewaktu Nor Intan Ezreena sedang berkongsi kisah sedih seorang mangsa yang sempat menulis nota kepada ibu-bapanya sebelum tragedi malang itu.

Perasaan itu hadir sewaktu Nor Intan Ezreena menyebut mangsa kebakaran iaitu Amiel Asyraf Abdul Rashid yang berusia 11 tahun meninggalkan satu nota yang antara lain berhasrat membawa ibu dan ayahnya ke syurga.

Nor Intan Ezreena kemudiannya menundukkan mukanya sebelum berita berkenaan disambung baca oleh rakan penyampai Kamaruddin.

Video saat hiba itu turut dimuat naik di laman Facebook Buletin Utama.

Sehingga pukul 10.30 malam Khamis, video berkenaan mendapat lebih 100,000 tontonan dan lebih 1,000 perkongsian.

Video tersebut mendapat reaksi positif orang ramai yang turut berkongsi rasa sedih mereka atas kejadian yang berlaku.

Buletin Utama, Nor Intan Ezreena

Artikel Sebelum

Jins Shamsuddin Serius, Kelakar

Artikel Berikut

Artikel Lain