suria

12 Peserta Bakal Berentap Dalam AF Megastar

Seramai 12 peserta akan berentap untuk merebut gelaran juara dalam AF Megastar.

SHAH ALAM: Konsert AF Megastar Homecoming minggu kedua akhirnya memuktamadkan 12 peserta dipilih bagi meneruskan perjuangan di pentas AF Megastar bermula minggu hadapan.

Keputusan penuh diumumkan oleh pengacara Datuk Aznil Nawawi selepas konsert yang berlangsung di Royal Theater Shah Alam, di sini pada malam Ahad.

12 peserta yang berjaya mara ke peringkat berkenaan dipilih termasuk peserta daripada minggu lepas iaitu Syamel, Indah Ruhaila, Bob, Idayu, Marsha, Amir Jahari, Adira, Shahir, Amir, Sufi, Ewal dan Azhar yang kebanyakan bakat muda.

Dua juri tetap yang dilantik untuk menilai peserta ialah pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS dan penyanyi yang juga guru vokal, Syafinaz Selamat serta juri jemputan ialah Ziana Zain.

Malam ini menyaksikan 12 peserta berentap iaitu Rosma menyampaikan lagu Hanya Satu, Anding (Feeling Good), Amylea (Ku Berserah), Faizal (Sejati), Nubhan (Ku Mohon) dan Aril (Dahsyat).

Selain itu, Adira (Ku Ada Kamu), Shahir (Kebahagiaan Dalam Perpisahan), Indah Ruhaila (Tergantung Sepi), Faizul Sany (Rapuh), Syamel (Diari Hatimu), dan Amir (Grenade).

Konsert AF Megastar bersiaran secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (135) pada setiap hari Ahad, 9 malam.

Juara AF Megastar bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi dan hadiah sampingan lain penaja.

AF Megastar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain