suria

“Merecik Hawauuu...” Kata Shah Rukh Khan

Jaa Suzuran menemubual Shah Rukh Khan. FOTO: Era FM

APABILA Jaa Suzuran ke India bagi menembual Raja Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK), ramai yang ternanti-nantikan soalan apa yang akan ditanya oleh penyampai radio Era itu.  

Menerusi video berdurasi 8.51 saat yang dimuatnaik Era FM di laman YouTube pada 19 Julai lalu, Jaa atau Mohammad Faizal Ahmad secara santai bertanyakan beberapa soalan termasuk meminta SRK menyebut beberapa slaga daerah dalam Bahasa Malaysia.

Antaranya ialah "mercik hawau haa haa haa" yang mana ia turut dituturkan oleh SRK yang kelihatan menurut sahaja kehendak Jaa itu.

Pemuda itu juga meminta SRK bercakap loghat Kelantan iaitu "kawe jatuh motor sakit bohh! (saya jatuh motor sakot boss) yang turut mendapat perhatian SRK. 

Biarpun kedengaran agak lucu, namun SRK  dilihat begitu sporting melayan setiap loghat yang disebut Jaa biarpun kedengaran sedikit pelat.

Jaa turut meminta beberapa tip memikat perempuan daripada Raja Romantik Bollywood ini selepas mengakui cintanya sering ditolak wanita.

Merujuk untuk memikat hati pelakon cantik Hanna Delisha, SRK terbuka berkongsi tip seperti yang diminta penyampai berusia 23 tahun itu.


"Kalau saya ajar awak, mungin awak tak boleh ingat ayat tersebut. Jadi saya sendiri akan sampaikan pesanan ini buat Hannah Delisha," kata SRK sambil menitipkan beberapa kata-kata romantis memujuk heroin Mencintaimu Mr Photographer itu untuk keluar 'dating' bersama Jaa. 

Pun begitu, ramai netizen berbangga dengan pencapaian Jaa yang dikatakan cukup bertuah, tidak kurang ada yang meluahkan rasa terkilan sambil mempertikaikan soalan-soalan yang diajukan Jaa kepada SRK kerana dianggap membuang masa dan merepek.

Netizen menggunakan nama samaran @cikpeminat menulis: "Datang jauh-jauh... kenapa tanya soalan merepek Hannah Delishah? Mericik hawau pula tu haha".

Antara komen yang ditinggalkan peminat menyifatkan soalan ditanya Jaa pada SRK agak merepek.

Malah komen tersebut turut dipersetujui beberapa netizen lain yang mengharapkan Jaa menggunakan kesempatan yang ada dengan bertanyakan soalan yang lebih menarik dan berinformasi terutama mengorek hal peribadi dan perkembangan terkini SRK dalam lakonan.

Di satu sisi, ada yang turut mencadangkan agar pihak Era FM menghantar Jaa ke kelas Bahasa Inggeris agar dapat mempertingkatkan komunikasinya dalam bahasa itu. 

Ini kerana ada yang melihat Jaa  mempunyai pakej yang baik dan berpotensi menjadi seorang hos yang disenangi untuk mengacara program seumpama ini (temubual selebriti luar negara) bersandarkan sikap humor semula jadi yang ada pada dirinya.

Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi 8.51 saat itu dimuatnaik radio Era FM pada 19 Julai lalu itu dengan tajuk Jaa Road To Shah Rukh Khan mendapat jumlah tontonan hampir 280,000.

Jaa ke India bertujuan untuk menembual SRK bersempena filem terbarunya berjudul Jab Harry Met Sejal yang akan ditayangkan pada 4 Ogos depan.

Jaa Suzuran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain