Tak Pasti Di Mana Silapnya? - Aman Aziz - Hiburan | mStar

Tak Pasti Di Mana Silapnya? - Aman Aziz

Aman Aziz akan hadir dengan single ketiganya berjudul Sulit pada penghujung Ogos depan.

HANYA sempat menikmati populariti dalam masa singkat menerusi single Without You, bekas naib juara Akademi Fantasia 2014 (AF2014) Aman Aziz  menerima hakikat bukan mudah untuk berjaya.

"Tiga tahun berada dalam industri, saya harus akui nama saya kurang menyinar berbanding nama-nama lain yang hadir selepas kemunculan saya.

"Saya tidak pasti di mana silapnya dan sekarang bukan waktunya untuk saya salahkan sesiapa sebaliknya harus mempunyai perancangan A, B dan C agar dilihat terus produktif," katanya kepada mStar Online.

Selepas Without You, Aman, 24, sebelum ini pernah menghasilkan single keduanya berjudul Layang-Layang namun lagu tersebut dilihat kurang mendapat perhatian industri muzik tempatan.

Hal ini sekali gus membuatkan namanya kurang menjadi sebutan di saat munculnya lagu-lagu baru daripada artis  antaranya Aiman Tino, Khai Bahar, Haqiem Rusli dan Tajul Ariff.

Aman menggayakan salah satu kurta keluarannya, AmanAz.

Pun begitu kata Aman atau Mohammad Razman bin Abdul Aziz, di saat popularitinya jatuh, dia tidak pula terus mengenang nasib sebaliknya mulai aktif dalam lapangan perniagaan.

"Saya merupakan bekas graduasi diploma Seni Reka Grafik dengan kepujian Dekan di Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat dan dengan kepakaran yang ada, saya banyak terlibat dengan kerja-kerja grafik secara sambilan di rumah. Setidak-tidak adalah juga pendapatan.

Di sisi lain, jejaka kelahiran Klebang, Melaka ini juga mempunyai koleksi baju Melayu dan kurta keluarannya sendiri bawah jenama AmanAz.

Kata Aman, sejak ia diperkenalkan setengah tahun lalu, sambutan yang diterima amat menggalakkan.

"Alhamdulillah, pada Ramadan sehingga menjelang ke musim perayaan Aidilfitri yang lalu, sebanyak 500 unit baju melayu dan kurta dari koleksi AmanAz hampir habis terjual.

"Setidak-tidaknya saya ada juga pendapatan untuk terus survive sementara tunggu single ketiga saya berjudul Sulit dilancarkan pada penghujung Ogos depan," katanya.

Aman Aziz

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

“Naiknya Bukan Sedikit” - Tyzo

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain