suria

Hai Ella... Kat Tempat Parkir Kereta Pun Jadi?

Suara Ella diakui peminat masih lunak sama seperti dahulu.

MAK aiii... kat tempat letak kereta pun boleh ke?

Kalau dah namanya penyanyi, di mana-mana pun okey ye? Itulah antara reaksi ratu rock negara, Ella apabila dia berkongsi di Instagram sebuah video nyanyiannya secara spontan.

Menarik dan uniknya, video berdurasi 24 saat itu diambil hanya di tempat letak parkir kereta di percayai di Singapura.

Ella, 51, pada ketika itu menyanyikan lagu Cinta Selembut Sutera dengan aksi manja sambil matanya tidak henti memerhati keadaan sekeliling mungkin bimbang diperhatikan orang.

Sesekali dia dilihat menyorok di tepi kereta namun masih meneruskan nyanyiannya. Lucu dan comel sungguh!

Luar dari kebiasaan .. Practise kat parking pun boleh ??????? #pestaraya2017 #esplanade #kembararaturock #singapore

A post shared by Ella Aminuddin (@ellaaminuddin) on

Ella menerusi keterangan video yang dimuatnaik pada petang Isnin menulis: "Luar dari kebiasaan... berlatih kat parking pun boleh hehe... dengan hastag #pestaraya2017 #esplande #kembararaturock #singapore

Ramai memuji tindakan bersahaja penyanyi legenda ini yang disifatkan tetap mempunyai aura sendiri biarpun hanya menyanyi di tempat sebegitu.

Malah rata-rata netizen memuji suara Ella yang dikatakan masih tidak berubah selain terhibur dengan aksi manja yang dipamerkan penyanyi itu.

Anda tengok dan nilaikan sendiri, pasti tersenyum sendiri.

Selain netizan, ramai dari rakan selebriti turut meninggalkan komen pada video tersebut antaranya penyanyi Farahdhiya menerusi Instagramnya @farahdhiya_fd menulis: "Kenapa comel sangat Kak EL!!"

Penyanyi @nouruldepp pula menulis: Favourite song!!

Ella mempunyai lebih 500,000 pengikut di laman sosialnya itu.

Ella

Artikel Lain