suria

Seniman, JPJ Keluarkan Nombor Plat US 1 - US 1000

Ketua Pengarah Finas, Datuk Fauzi Ayob (lima dari kiri) bersama Zed Zaidi (tiga dari kiri) dan ahli-ahli Seniman.

KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bekerjasama mengeluarkan nombor plat khas menggunakan huruf US yang membawa maksud Untuk Seniman bagi mencari dana tabung persatuan itu. 

Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata nombor pendaftaran kenderaan itu bermula dari US1 sehingga US1000 akan dibuka kepada orang ramai bermula Sabtu ini dan boleh dibida untuk mendapatkannya.

Zed Zaidi

"Ini merupakan satu tanggungjawab sosial yang diberikan oleh pihak JPJ kepada kami untuk melaksanakan program kebajikan. 

"Bidaan dibuka kepada semua orang awam dan 100 peratus daripada hasil tersebut akan disalurkan ke tabung Seniman,” katanya. 

Zed Zaidi ketika ditemui pada majlis sidang media bidaan nombor pendaftaran khas kenderaan di Menara Suezcap, KL Getaway di sini pada Jumaat. 

Turut hadir Ketua Pengarah, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Fauzi Ayob. 

Peminat nombor pendaftaran khas boleh mengambil borang bidaan di pejabat Sekretariat Plat US atau memuat turun borang di www.platus.my

Selepas tender ditutup pada 20 Ogos depan, pembida yang berjaya boleh mendaftarkan nombor tersebut seawal 1 Oktober atau selepas mendapatkan kelulusan pewartaan daripada pihak JPJ.

Seniman, Zed Zaidi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain