suria

Jom Rebut Tiket Wayang, Bantal ‘Meow’ Percuma!

'Meow' mengisahkan makhluk asing dari sebuah planet yang turun ke bumi menjadi kucing.

PENGEDAR filem, Ram Entertainment Sdn Bhd bakal mempersembahkan sebuah filem komedi Kantonis terbaharu iaitu Meow yang akan ditayangkan bermula Jumaat ini. 

Meow arahan Benny Adam lakonan Lous Koo dan Marry Ma ini mengisahkan mahkluk asing dari sebuah planet yang berubah menjadi kucing dan menetap di bumi. 

Dengan imej mereka yang comel, Meow berjaya menjadikan diri mereka makhluk yang menawan dan disukai oleh manusia. 

Mereka juga gembira apabila dihidangkan dengan makanan yang banyak. 

Bagi Meow yang bijak pula, haiwan ini berjaya memperlakukan manusia seperti kanak-kanak dan mereka pula hidup bak raja dan permaisuri di rumah.

Antara aksi mencuit hati dalam Meow.

Filem komedi ini tentunya akan menggeletek hati penonton dan harus ditonton bersama keluarga.

NAK HADIAH?

10 pemenang akan mendapat hadiah bantal Meow  X 2 tiket percuma. 

CARA MEMENANGI HADIAH 

1. Anda boleh ambil gambar atau buat rakaman video (boomerang) dengan kucing kesayangan atau gayakan imej kelakar haiwan itu (salah satu). 

2. Gambar atau video yang dirakamkan itu hendaklah dimuat naik di Instagram atau Facebook masing-masing dan jangan lupa hastag: #MeowMstar 
#BudieyMeow #MeowInCInemas14July 

3. Anda juga perlu follow Instagram mstaronlineofficial dan juga FB @mstaronlinedotcomdotmy. 

4. Tuliskan kapsyen: Saya sayang kucing ini kerana:

5. Nyatakan nama anda dan alamat e-mel untuk kami hubungi 

(Contoh: Saya amat sayang kucing ini kerana dia suka picit bahu saya bila saya letih bermain badminton. Kelasss tak?

Daripada: Rahmat Ali, Seremban. E-mel: [email protected])

TAMBAHAN 

Pemenang yang menghasilkan video, foto dan kapsyen menarik akan mendapat hadiah sepeti dijanjikan dan akan dihubungi menerusi e-mel. 

Contoh bantal Meow yang harus dimenangi.

Hanya satu hadiah sahaja akan dimenangi walaupun mereka menghantar lebih daripada satu penyertaan. 

Hadiah tidak boleh ditukarkan kepada wang ringgit.

Gambar yang dikongsi untuk peraduan ini hendaklah asli, milik sendiri dan bukan diambil daripada mana-mana pihak lain.

Tarikh akhir menghantar penyertaan ialah pada 19 Julai 2017. 

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada: [email protected]

Terima kasih kepada Ram Entertainment atas kerjasama ini.

Meow, Peraduan

Artikel Sebelum

Artikel Lain