suria

Keterujaan Yuna Temubual Quincy Jones

Yuna bersama penerbit muzik lagenda, Quincy Jones.

SIAPA tidak mengenali penerbit muzik lagenda Quincy Jones iaitu individu disebalik kejayaan karier Michael Jackson menerusi album diterbitkannya seperti Off the Wall (1979), Thriller (1982) dan Bad (1987).

Baru-baru ini, penyanyi yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna berpeluang menemubual Quincy pada pelancaran JBL Audio E55BT Edisi Quincy di Los Angeles.

Bertuahnya Yuna! Quincy bukannya calang-calang orang dan keterujaan itu turut dikongsi penyanyi berusia 31 tahun itu menerusi Instagram.

"Pemuzik terulung! Saya seperti tidak percaya dapat melakukannya!

"Saya sangat bertuah dapat bercakap dengan Quincy Jones tentang artis komtemporari yang memberinya inspirasi ketika pelancaran JBL Audio E55BT Edisi Quincy," tulisnya di Instagram.

Yuna turut berkongsi video berdurasi seminit temubualnya bersama Quincy di laman sosial itu.

Dalam wawancara itu, Yuna sempat bertanya beberapa soalan kepada lagenda muzik itu dan meminta pandangannya berhubung siapakah artis masa kini yang memberinya harapan untuk industri pada masa hadapan.

"Saya mulakan dengan Kendrick Lamar dan Bruno Mars. Saya juga sukakan Common, Ludacris termasuk Esperanza Spalding dan Joey Alexander.

"Walaupun dia baru berusia 13 tahun namun dia bermain seperti Herbie Hancock.

"Ia sangat mengujakan melihat anak muda membawa kembali muzik ke tempat asalnya dan mereka semua sangat menakjubkan," katanya.

Selain Quincy, Yuna sebelum ini pernah bekerjasam dengan artis terkenal Amerika Syarikat seperti Usher, Pharell Williams dan David Foster.

Yuna, Quincy Jones

Artikel Sebelum

Artikel Lain