suria

Bangsar Kecoh Kerana Kareena Kapoor

Kehadiran Kareena Kapoor di Malaysia pada Jumaat mendapat perhatian peminat.

KUALA LUMPUR: Pelakon Bollywood Kareena Kapoor mencetuskan kekecohan pada majlis pembukaan Juiceco yang terletak di Jalan Telawi, Bangsar pada Jumaat.

Ratusan peminat malah ada sanggup datang dari Pulau Pinang berkumpul di hadapan restoran itu sejak pukul 5 petang bagi menyambut ketibaan Kareena yang tiba pada pukul 7.30 malam.

Keadaan menjadi agak kelam kabut kerana peminat cuba untuk melihat artis kesayangan mereka itu dengan lebih dekat.

Tampil dengan pakaian berwarna krim dan hitam, Kareena memberitahu dia sangat sukakan Malaysia dan merasakan negara ini seperti rumahnya sendiri.

"Saya sayangkan anda Malaysia. Setiap kali saya datang ke sini, sangat sukar untuk pulang kerana terlalu banyak rasa sayang yang ditunjukkan.

Jalan Telawi, Bangsar sesak dengan kehadiran peminat untuk bertemu dengan Kareena Kapoor.

"Saya rasa seperti di rumah sendiri dan terima kasih kepada Juiceco kerana membawa saya datang berjumpa dengan peminat.

"Harap-harap anda akan menjemput saya kembali ke sini," katanya.

Dalam pada itu, seramai 40 peminat bertuah berpeluang bergambar dengan bintang terkenal itu menerusi peraduan yang dianjurkan oleh pihak Juiceco pada bulan lalu.

Semalam juga bukan kali pertama Kareena hadir ke negara ini kerana dua tahun lalu dia pernah tampil melancarkan sebuah kedai emas yang terletak di Jalan Masjid India.

Kareena, 36, berkahwin dengan pelakon Saif Ali Khan dan mereka mempunyai seorang anak lelaki iaitu Taimur Ali Khan.

Kareena Kapoor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain