suria

Doktor Ini Jadi Perhatian Peminat Redza Rosli

Redza Rosli (kiri) dan Mohd Afiq.

SEIRAS ke? Kami menerima kiriman e-mel daripada peminat drama Ku Kirim Cinta yang menghantar beberapa keping foto seorang pemuda yang dikatakan seiras dengan hero drama berkenaan iaitu Redza Rosli.

Menurut peminat itu, pemuda berkenaan mempunyai wajah dan senyuman yang hampir sama selain turut berbadan sasa seperti hero pujaan mereka itu.

Mohd Afiq.

Pemuda bernama Mohd Afiq Md Nor, 25, itu ketika dihubungi mengakui terkejut apabila peminat-peminat aktor itu mula menyertai laman sosial Instagramnya iaitu afiqvolaris sejak minggu lalu.

"Saya pelik juga  tiba-tiba ramai peminat pelakon itu request mahu berkawan dengan saya di Instagram sejak beberapa hari ini.

"Saya rasa wajah ini tidaklah sama seperti yang mereka katakan, cuma mungkin beberapa sisi dalam gambar sahaja kelihatan seiras. Mungkin juga drama tersebut sedang popular sehingga melihat saya seperti Redza," ujarnya.

Mohd Afiq merupakan seorang doktor pelatih di Hospital Kuala Lumpur dan berasal dari Melaka.

Tambah Afiq, ia merupakan kali pertama dia dikatakan miliki wajah seiras dengan pelakon berkenaan.

"Saya tidak tonton drama itu kerana kerja saya terlalu sibuk tapi saya kenal pelakon Redza Rosli. Kelakar juga bila ada yang kata wajah kami sama sebab sebelum ini ramai yang samakan saya dengan Faizal AF4," ujarnya.

Drama Ku Kirim Cinta lakonan Redza Rosli dan Ayda Jebat bersiaran di Slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis di TV3.

Redza Rosli, Ku Kirim Cinta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain