Fazura Dipilih Kekasih Fattah Amin - Hiburan | mStar

Fazura Dipilih Kekasih Fattah Amin

Keserasian Fattah Amin dan Fazura menerusi drama Hero Seorang Cinderella membuatkan peminat mahu melihat mereka bercinta.

DI SEBABKAN ketika ini sedang trending drama lakonan Fattah Amin dan Fazura iaitu Hero Seorang Cinderella siaran Astro Ria, pihak mStar Online membuka peluang kepada pembaca membuat undian mengenai artis ini.

Semasa drama Suri Hati Mr Pilot gandingan Fattah dan Neelofa turut mencatat jumlah tontonan tinggi, pelbagai spekulasi kisah cinta mereka timbul hanya kerana drama itu.

Isu yang sama berlaku apabila Fattah digandingkan dengan Fazura bagi drama terbaharu ini.

Kami sebenarnya ingin melihat trend pembaca dalam menilai artis yang digandingkan dalam sesebuah drama 'trending'.

Dek kerana populariti Fattah bergandingan dengan Neelofa dan Fazura menjadi bualan, agak-agaknya siapakah penonton pilih jika diberi pilhan membuat padanan pasangan Fattah.

Fazura.

Jika berada di tempat Fattah, 27, sudah pasti 'pening kepala' nak pilih yang nak mana satu. Neelofa, 28, memiliki wajah yang cantik, seorang wanita yang bekerjaya dan mempunyai aura tersendiri.

Manakala Fazura, 34, bukan saja cantik malah mempunyai pesonaliti yang boleh membuatkan sesiapa yang berada sebelahnya akan terpikat.

Malah, Fattah sendiri pernah memberitahu Fazura memiliki ciri-ciri wanita idamanya.

Menurut Fattah, Fazura sentiasa membawa aura yang positif dan senang untuk bekerjasama.

Pada Khamis lalu, mStar Online memberi peluang kepada pembaca untuk membuat undian di antara wanita cantik ini, siapakah sebenarnya sesuai menjadi kekasih Fattah?

Nampaknya, sebanyak 58 peratus setuju jika Fazura dan Fattah menjadi pasangan kekasih. Amboi... hebat betul penangan Hero Seorang Cinderella sehingga sebilangan besar peminat ingin melihat Fattah dan Fazura bersama.

Biarpun Neelofa dan Fattah pernah memenangi anugerah Pasangan Gandingan Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, namun hanya 33 peratus sahaja yang memilih pengacara program Meletop itu untuk menjadi kekasih Fattah

Keserasian Neelofa dan Fattah menerusi drama Suri Hati Mr. Pilot  berjaya menawan hati peminat. 

Nampaknya, sebanyak 58 peratus setuju jika Fazura dan Fattah menjadi pasangan kekasih. Amboi... hebat betul penangan Hero Seorang Cinderella sehingga sebilangan besar peminat ingin melihat Fattah dan Fazura bersama.

Biarpun Neelofa dan Fattah pernah memenangi anugerah Pasangan Gandingan Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, namun hanya 33 peratus sahaja yang memilih pengacara program Meletop itu untuk menjadi kekasih Fattah.

Bagaimanapun sebanyak sembilan peratus lagi berkata, Fazura dan Neelofa tidak sesuai menjadi pasangan.

Apa-apa pun siapalah kita untuk menentukan jodoh antara mereka? mStar Online sekadar berkongsi pandangan sahaja.

Terpulang kepada Fattah untuk memilih jodoh yang terbaik untuk dirinya.

Bak kata Fattah, doa yang baik-baik sahaja.

Hasil undian yang dibuat.
Fazura , Fattah Amin , Neelofa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hans Isaac Tunda Kahwin

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?