suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yusry & Lisa Surihani Timang Bayi Lelaki

Yusry merangkul bayi lelakinya sambil diperhatikan oleh anak perempuannya, Yahaira. Foto Instagram @yusrykru

PETALING JAYA: Pasangan selebriti Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani menimang cahaya mata kedua pada pagi Ahad.

Lisa, 31, selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Perubatan Pantai dekat sini kira-kira pukul 7 pagi.

Perkara itu didedahkan Yusry menerusi laman sosial Instagram miliknya.

"Alhamdulillah, Lisa sudah selamat melahirkan bayi lelaki pagi tadi. Syukur alhamdulillah," tulisnya.

Pasangan itu turut mempunyai seorang anak perempuan iaitu Yahaira Leanne yang kini berusia dua tahun.

Yusry dan Lisa berkahwin pada 23 Februari 2012.

Lisa Surihani, Yusry Abdul Halim

Artikel Lain