Hafiz Hamidun Anggap Kritikan Buat Buku Fattah Amin Lebih Popular

Hafiz Hamidun pernah dikritik netizen kerana mengeluarkan buku Cerita Hati Hafiz Hamidun pada tahun lalu. -Foto Instagram Hafiz hamidun

PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz Hamidun menganggap kecaman dan kritikan terhadap buku 99 Kata-Kata Fattah Amin hanya mempopularkan buku tersebut termasuk melariskan jualannya.

Hafiz, 33, berkata, dia yang pernah melalui pengalaman yang sama ketika menerbitkan buku Cerita Hati Hafiz Hamidun tahun lalu mengakui karya tersebut sudah terjual kira-kita 30,000 naskhah selepas menjadi viral.

"Fattah tidak buat salah dan itu hak dia untuk hasilkan buku dan saya percaya dia juga menerima permintaan daripada pihak penerbit.

"Kalau enggan beli, tidak perlu kecam kerana kadang-kadang mereka kecam tanpa asas yang kukuh. Ia sebaliknya menjadikan buku itu menjadi viral.

"Dulu buku saya orang kecam dan kata penuh dengan selfie, tapi sebenarnya hanya lima helai selfie daripada 200 helai keseluruhan buku berkenaan," ujarnya.

Fattah ketika pelancaran buku 99 Kata-Kata Fattah Amin, Sabtu lalu.

Hafiz diminta mengulas tentang buku 99 Kata-Kata Fattah Amin yang dikritik netizen sejak dilancarkan Sabtu lalu.

Perkara yang sama pernah berlaku kepada penyanyi tersebut ketika melancarkan buku Cerita Hati Hafiz Hamidun pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Hafiz berkata, Fattah seharusnya membuat kajian terperinci tentang harga buku yang ingin dijual dan golongan sasaran pembeli.

"Fattah seharusnya buat kajian tentang harga dan golongan peminat dia sama ada mampu beli atau tidak. Orang akan marah jika ia terlalu mahal," ujarnya.

Hafiz Hamidun kini sedang mengikuti misi bantuan kemanusiaan di Yemen.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Hafiz kini berada di Yemen bagi menyertai misi bantuan makanan kepada penduduk republik berkenaan.

Katanya, dia sudah berada di negara berkenaan sejak lebih seminggu yang lalu.

"Saya kini di Yemen bagi menyertai misi bantuan kemanusian dan mengagihkan makanan kepada penduduk negara itu.

"Saya juga merancang untuk memulakan projek Yemen Food Project bersama rakan-rakan untuk mengutip lagi derma kepada masyarakat negara itu yang memerlukan," ujarnya.

Hafiz Hamidun, Fattah Amin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain