Guru Vokal Sarah Ismail Cuba Nasib Jadi Penyanyi - Hiburan | mStar

Guru Vokal Sarah Ismail Cuba Nasib Jadi Penyanyi

Sarah Ismail.
PETALING JAYA: Hampir lapan tahun mencuba nasib sebagai penyanyi, guru vokal Sarah Ismail akhirnya keluar dengan single pertama berjudul Percaya.

Sarah, 30, berkata, lagu ciptaan komposer baharu Nashriq Ismail Sabri itu juga mempunyai persamaan dengan usahanya yang tidak putus asa untuk melakar nama dalam industri.

“Lagu ini adalah berkaitan dengan diri saya sendiri iaitu liriknya sangat dekat dengan perasaan Sarah. Banyak yang saya lalui sepanjang cubaan meletakkan nama dalam industri. 

"lagu Percaya ini tentang keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri. Ia juga boleh memberi semangat dan inspirasi kepada pendengar," katanya.

Selain itu, tambah Sarah, proses rakaman mengambil masa beberapa bulan bagi memberi kesinambungan yang terbaik antara muzik dan kekuatan vokalnya.

Proses rakaman lagu Percaya dijalankan di E Studios Production Sdn Bhd, di SS2 Petaling Jaya. 

Dalam pada itu, Sarah masih meneruskan kerjayanya sebagai guru vokal di beberapa buah sekolah swasta dan persendirian.

Dia juga merupakan guru vokal untuk beberapa selebriti terkenal seperti Sufian Suhaimi, Liyana Jasmay, Kaka Azraf dan Arja Lee.

"Saya masih lagi menjadi guru vokal dan penglibatan saya sebagai penyanyi tidak menghalang untuk terus mengajar teknik nyanyian yang betul kepada artis lain.

"Bagi saya ia secara tidak langsung juga membantu melatih suara saya sendiri menjadi lebih baik," ujarnya artis naungan E Studios Management Sdn Bhd.

Video muzik Percaya dibawah arahan Ghaz Abu Bakar sudah boleh ditonton di laman Youtube E studios.

Sarah Ismail

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Isu Baju Celoreng Hazama, TV3 Mohon Maaf

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain