suria

Ernie Zakri Mengaku Lebih Dikenali Sejak Sertai 'Duo Star'

Ernie Zakri mengakui namanya lebih dikenali sejak menyertai program Duo Star. Foto SHAARI CHE MAT
PETALING JAYA: Juara Duo Star musim pertama iaitu Ernie Zakri mengakui terdapat perubahan ketara pada kerjayanya terutama dari segi populariti sejak menyertai program itu.

Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 25, berkata, peminat mula menyedari kehadirannya sebagai seorang penyanyi walaupun sudah bertapak dalam industri seni sejak tahun 2009 selepas menjuarai pertandingan Bintang RTM (BRTM).

"Alhamdulillah perubahan memang ketara sejak saya menyertai Duo Star terutamanya dari segi populariti dan lebih banyak orang mengenali saya berbanding sebelum ini.

"Duo Star telah membuka ruang lebih besar kepada saya untuk mengembangkan karier seni ke tahap lebih baik," katanya kepada mStar Online.

Ernie bersama pasangan duetnya, penyanyi Syamel muncul juara Duo Star pada peringkat akhir yang disiarkan pada Ahad lalu.Pasangan itu membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Dalam pada itu, Ernie berkata, perubahan berkenaan bukan bererti dia boleh mendabik dada sebaliknya dia perlu bekerja lebih keras dalam mebina namanya sebagai penyanyi.

Ernie dan Syamel juara Duo Star musim pertama.

Katanya dia tidak mahu semata-mata bergantung kepada populariti kerana ia bukan ukuran sama ada dia berjaya atau tidak sebagai penyanyi.

"Berjaya atau tidak saya dalam industri hanyalah menerusi usaha dan sebenarnya masih banyak yang perlu dicapai.

"Bagaimanapun kemenangan ini adalah satu permulaan yang baik dan saya bertuah kerana diiktiraf dan ia satu perasaan yang bagus," jelasnya.

Sementara itu, bercakap mengenai Duo Star, Ernie berkata, dia berharap dapat terus bekerjasama dengan Syamel kerana merasakan serasi dengan penyanyi itu.

Malah kata Ernie, dia berharap single duet mereka berjudul Aku Cinta dapat diterima baik oleh peminat.

"Apa yang pasti kerjasama kami tidak berakhir di Duo Star dan ia akan berterusan kerana kami serasi bersama tambahan pula saya senang bekerja dengan Syamel.

"Tak salah rasanya jika kami terus jadi pasangan duet dan pada masa sama meneruskan dengan karier solo masing-masing," ujarnya.

Ernie Zakri, Syamel, Duo Star

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain