Pelakon Malaysia, Sarah Lian Menang Trofi Di LA - Hiburan | mStar

Pelakon Malaysia, Sarah Lian Menang Trofi Di LA

Sarah Lian menang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Anugerah Filem Los Angeles pada Ahad.

PETALING JAYA: Pelakon berasal dari Malaysia, Sarah Lian menerima trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Anugerah Filem Los Angeles (Lafa) pada Ahad lalu menerusi peranannya sebagai Anna dalam filem Jasmine arahan Dax Phelan.

"Saya memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Filem LA!...Terima kasih kepada penganjur atas penghargaan ini!

"Segulung tahniah juga buat semua yang bertanding pada tahun ini," katanya menerusi Facebook miliknya pada Isnin.

Jasmine adalah sebuah filem psikologi seram yang ditulis mengisahkan tentang seorang ahli perniagaan yang bingung dengan kematian isterinya.

Pada ulangtahun pertama kematian isterinya, dia bertemu dengan seorang lelaki yang mengaku mempunyai kaitan terhadap kematian isterinya.

Pada anugerah berkenaan, Jasmine turut bersaing dengan filem lain seperti Magic Radio, The Lurking Man, Dress Rehearsal, Karma dan Along the River yang memenangi Filem Terbaik.

Ia turut memenangi lima kategori lain itu Pengarah Terbaik, Pelakon Terbaik, Sinematografi Terbaik, Suntingan Terbaik dan Bunyi Terbaik.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Hujung minggu yang panjang pada 2019

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun