Koleksi Peribadi Artis Boleh Dibeli Di 'Section 1' - Hiburan | mStar

Koleksi Peribadi Artis Boleh Dibeli Di 'Section 1'

Irmawati Mahamad Tahir (tengah) bersama artis Faizal Ismail (kanan) dan Cheryl Samad ketika pelancaran portal beli-belah Section 1 pada Selasa. Foto AIMAN ARIFUDDIN

KUALA LUMPUR: Peminat kini boleh memiliki koleksi peribadi selebriti pilihan masing-masing menerusi pusat beli-belah dalam talian baharu yang dikenali sebagai Section 1.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Section One Sdn Bhd, Irmawati Mahamad Tahir berkata, idea bagi memasarkan barangan terpakai atau preloved selebriti tempatan menerusi satu platform khas direalisasikan bagi memudahkan proses jual beli di kalangan peminat.

"Berbeza dengan laman e-dagang beli-belah yang lain, Section 1 menyediakan variasi pilihan produk serta memberi pengalaman baru kepada pembeli untuk mendapatkan koleksi barangan atau produk keluaran selebriti kesayangan mereka," katanya kepada mStar Online.

Beliau ditemui selepas majlis Pelancaran Section 1 di Publika di sini pada Selasa.

Ziana Zain (kiri) turut mendaftar untuk menjual koleksi peribadinya di portal Section 1.

Selain menjual barangan selebriti, Section 1 juga menjadi platform untuk para peniaga mengembangkan perniagaan mereka menerusi dalam talian.

"Section 1 yang dilancarkan UiTM Holdings Sdn Bhd menyediakan platform percuma kepada vendor untuk memajukan perniagaan mereka.

"Kami berharap Section 1 bakal menjadi hub jual beli menguntungkan pembeli dan vendor yang menyertai kami," katanya.

Antara selebriti yang telah mendaftar sebagai vendor ialah Ziana Zain, Anzalna Nasir, Dayang Nurfaizah, Zara Zya, Fiza Sabjahan, Wak Doyok, Khai, Rosma dan Anis Al Idrus.

Pada majlis sama, Section 1 turut memperkenalkan kumpulan Bunkface dan penyanyi Kaka Azraff sebagai duta.

Section 1 kini mempunyai lebih 1,000 produk daripada pelbagai kategori termasuk kecantikan, kesihatan, makanan, bahan bacaan serta fesyen lelaki dan wanita.

Menggunakan slogan 'Shopping is Forever', Section 1 boleh dilayari di laman web www.section1.com.my.

Section 1

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain