Rahmat Disingkirkan Daripada Hyper Act - Ronnie Hussein - Hiburan | mStar

Rahmat Disingkirkan Daripada Hyper Act - Ronnie Hussein

Ronnie Hussein memberitahu kerjaya seninya semakin meningkat sejak bergerak solo.

PETALING JAYA: Penyanyi Ronnie Hussien menganggap terdapat rahmat atau hikmah di sebalik penyingkirannya daripada Kumpulan Hyper Act kira-kira dua tahun lalu yang menyaksikan peningkatan mendadak kerjaya seninya.

Ronnie atau Shahron Hussien, 36, berkata, ia terbukti selepas single nyanyian dia iaitu Dikoyak Waktu berjaya mendapat tempat dan terbaharu Menanti Janji memperoleh tontonan tinggi di YouTube.

"Saya melalui pelbagai sutuasi dalam dunia seni. Dulu bersama grup, selepas tu solo, kemudian bersama grup semula dan solo kembali.

Ronnie Hussein.

"Selepas disingkirkan dari Hyper Act, saya mucul dengan single Dikoyak Waktu dan Alhamdulillah, ia berjaya mendapat tempat.

"Terbahru lagu Menanti Janji yang menjadi runut bunyi drama Biar Aku Jadi Penunggu turut sambutan,” katanya kepada mStar Online.

Kata Ronnie, Menanti Janji yang dimuat naik di YouTube pada 31 Disember lalu ditonton lebih 1 juta kali dalam masa tidak sampai sebulan.

Ujarnya, pencapaian itu merupakan satu rezeki selepas pelbagai pengalaman pahit manis dilaluinya.

Menanti Janji
merupakan lagu ciptaan Ippo Hafiz dan liriknya pula merupakan kolaborasi komposer itu dengan Janna Nick.

Karya itu menjadi lagu tema drama Biar Aku Jadi Penunggu  lakonan Ashraf Muslim dan Janna Nick siaran TV3 menerusi slot Akasia.

Ditanya yang manakah lebih berbaloi sama ada bergerak secara solo atau berkumpulan, Ronnie berkata, menjadi penyanyi solo lebih mudah untuk membuat apa-apa keputusan.

Bagaimanapun dia tidak menafikan mengadakan persembahan secara berkumpulan akan memberikan seseorang itu lebih banyak idea.

“Saya rasa, kalau ada projek khas yang menuntut saya untuk terlibat dalam mana-mana kumpulan muzik, kenapa tidak?” katanya.

Ronnie Hussein

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain