Lagu Yuna Tersenarai Pencalonan Awal Anugerah Oskar 2017 - Hiburan | mStar

Lagu Yuna Tersenarai Pencalonan Awal Anugerah Oskar 2017

TAHUN 2016 nampaknya membawa pelbagai tuah kepada penyanyi yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat iaitu Yuna.

Selepas album terbaharunya, Chapters dinamakan sebagai 10 antara album R&B terbaik oleh carta Billboard, terkini penyanyi berusia 30 tahun itu tersenarai pada pencalonan awal Anugerah Oskar 2017.

Lagu nyanyiannya, On Ghost Ridge adalah antara 91 lagu yang disenaraikan oleh Academy of Motion Pictures Arts and Sciences untul bertanding dalam kategori Best Original Song pada acara berprestij itu.

Ditulis oleh Nicholas Pike, lagu tersebut adalah runut bunyi daripada filem 100 Years: One Woman's Fight For Justice.

Dalam perkembangan lain, Yuna turut dinamakan sebagai penyanyi Malaysia yang paling banyak lagunya dimainkan menerusi perkhidmatan Spotify diikuti oleh Projector Band, Sufian Suhaimi, Akim & The Majistret dan SonaOne.

Manakala single duet bersama Usher, Crush pernah menduduki tangga ketiga carta Adult R&B Billboard.

Senarai pendek Anugerah Oskar 2017 bakal diumumkan pada 24 Januari depan manakala acara itu akan berlangsung pada 26 Februari.

Anugerah Oskar 2017 , Yuna

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut