"Minta Maaf... Saya Tiada Niat Sindir Sesiapa" - Ayda Jebat

Ayda Jebat berkata, berlaku salah faham mengenai status di Instagram miliknya. FOTO: Sia Hong Kiau
SHAH ALAM: Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat menjelaskan tindakannya merakam wajah pelakon gandingannya Sharnaaz Ahmad dengan berlatar belakangkan lagu Selamanya Cinta ketika menjalani penggambaran drama tersebut bukan berniat menyindir mana-mana pihak.

Ayda atau Nur Suhada Jebat, 23, bagaimanapun berkata, dia meminta maaf andai gurauan itu disalah tafsir dan menguris hati mana-mana pihak.

"Lagu itu ada dalam streaming muzik saya dan secara gurauan saya merakam wajah Sharnaaz ketika lagu itu keluar dan memuat naik di ‘Instastory’ dalam Instagram.

"Tiada niat untuk sindir mana-mana pihak, sebagai anak seni saya sentiasa menyokong karya artis-artis tempatan. Namun saya minta maaf kalau ada pihak yang tersinggung," ujarnya kepada mStar Online.

Ayda ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Nakal Nakal Nakal dan video klip Pencuri Hati versi dangdut di Kolej Univerisiti KDU, di sini, Khamis.


Ayda Jebat turut memegang telefon bimbit Oppo F1s selaku duta selfie untuk produk itu. FOTO: Sia Hong Kiau
Ayda menjelaskan salah faham kononnya dia menyindir  secara sengaja kisah cinta seorang penyanyi wanita dengan Sharnaaz Ahmad.

Malah, penyanyi berkenaan yang tidak berpuas hati menganggap ia bukan kali pertama dilakukan oleh Ayda.

"Saya faham dia kata ini kali kedua saya buat begitu, pertama itu adalah dalam babak drama Awak Sangat Nakal, saya ada menyanyikan lagu dia dan ia hanya untuk memberi sedikit komedi dalam babak itu.

"Cuma saya kesal, dia menganggap perkara itu terlalu serius dan pihaknya ada menghubungi saya semata-mata meminta saya memadamkan video berkenaan dari Instagram," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang drama Awak Sangat Nakal yang kurang mendapat sambutan berbanding drama Suri Hati Mr Pilot, lakonan Neelofa dan Fattah Amin, Ayda berkata, ia bukan mudah untuk mengatasi drama yang kuat sambutannya.

Ayda juga menolak, perkara itu disebabkan kurang keserasian antara dia dan gandingannya aktor Sharnaaz Ahmad dalam membawa watak sebagai pasangan kekasih.

"Saya tidak tahu daripada segi ratingnya, tapi secara jujur kalau ada drama yang lebih kuat sebelum drama kita memang susah sikit untuk bersaing. Promosi kena betul-betul kuat.

"Namun saya sangat berpuas hati daripada segi lakonan kerana semua pelakon memberikan lakonan 200 peratus.


Ayda (dua dari kanan) membuat persembahan dengan menyanyikan lagu baharunya, Nakal Nakal Nakal. Foto: Sia Hong Kiau
"Sharnaaz antara hero yang memang saya sudah lama ingin bekerjasama kerana empat tahun dahulu saya pernah bekerja dengan dia tapi watak kecil sahaja, dia pelakon yang bagus dan banyak pengalaman," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang perkembangan nyanyian, Ayda berkata single ketiganya berjudul Nakal Nakal Nakal disiapkan dalam tempoh yang singkat.

Bagaimanapun dia masih mementingkan kualiti dalam penghasilan lagu pop berkenaan.

"Lagu ini terlalu singkat hanya lima hari sahaja kami siapkan, tapi bukan bermakna saya buat lagu ini cincai sahaja.

"Kualiti sama terbaik seperti Pencuri Hati, kami terpaksa buat dalam masa singkat kerana mengikut deadline Astro yang mahu jadikan ia sebagai lagu tema drama Awak Sangat Nakal," ujarnya.

Tambah Ayda lagi, bukan mudah untuk menghasilkan sebuah lagu yang setanding atau lebih baik daripada lagu Pencuri Hati yang menjadi fenomena sebelum ini.

Lagu Nakal Nakal Nakal merupakan ciptaan dan lirik kerjasama Ayda Jebat dan Irwan Simanjuntak. 
Ayda Jebat, Sharnaaz Ahmad

Artikel Sebelum

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain