suria

Hajat Sherry Ibrahim Buat Kerja Amal Terlaksana Selepas Berhijab

Sherry akui pilih skrip lepas berhijab.

PETALING JAYA: Pelakon Sherry Ibrahim memberitahu dia banyak menerima undangan melakukan kerja-kerja amal sejak membuat keputusan berhijab.

Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 33, berkata, dia bersyukur salah satu niatnya sebelum ini untuk melibatkan diri dalam melakukan kerja-kerja amal kebajikan sudah tercapai.

"Dulu sebelum bertudung saya memnag teringin nak buat kerja-kerja amal tapi saya tidak tahu bagaimana caranya dan pada siapa saya ingin hubungi.

"Namun lepas berhijab, Alhamdulillah ramai yang mengundang dan mempelawa saya untuk melakukan kerja-kerja amal," ujarnya.

Sherry pilih lagu rancak.

Sherry berkata, perkara tersebut merupakan antara kelainan yang dilaluinya sejak mengambil keputusan untuk berhijab pada April lalu.

Sementara itu, bercakap tentang kesan terhadap kerjaya, pelakon yang mula dikenali sebagai penyanyi ini juga mengakui terpaksa memilih skrip yang bersesuaian dengan imej baharunya.

"Dari segi lakonan mungkin ada perubahan sedikit, kalau boleh memang saya elakkan adegan-adegan bersentuhan dan tidak sesuai dengan imej sekarang.

"Tapi sebanarnya sejak saya berlakon pun saya jarang berlakon adegan bersentuhan atau terlalu daring," ujarnya.

Bercakap soal nyanyian pula, pelakon yang menduduki tempat kedua dalam program Gempak Superstar pada April lalu ini bakal merakam sebuah single selepas Hari Raya.

Katanya, buat masa ini dia masih mencari lagu paling sesuai dengan suaranya.

"Peminat lebih suka saya nyanyi lagu rancak dan bagi saya tiada masalah pun kalau nyanyi lagu rancak dengan imej begini.

"Cuma saya kena pandai kawal dan tidak terlalu terkinja-kinja. Inysa-Allah proses mencari lagu dan rakaman itu akan dimulakan selepas Hari Raya ini," ujarnya.
Sherry Ibrahim

Artikel Lain