suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gitaris Freedom Meninggal Dunia Malam Ahad

Allahyarham Ghani Karim (tengah) ketika bersama Freedom.

PETALING JAYA: Gitaris kumpulan Freedom, Ghani Abdul Karim meninggal dunia pada usia 61 tahun di kediamannya di Nusajaya, Johor Baru, malam Ahad.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada waktu Maghrib selepas mengalami pening dan muntah.

Gitaris yang terkenal pada tahun 80-an itu menghidap penyakit darah tinggi, namun dalam keadaan terkawal.

Bersama Freedom, Ghani melancarkan tiga album termasuk Mulanya Di Sini (1987), Kau Yang Memungkinkannya (1988) dan Cinta Ciptaan Kita (1989).

Selepas meninggalkan Freedom, beliau menyertai kumpulan Heavy Machine. 

Beliau juga turut sinonim dengan penglibatan bersama kumpulan alternatif, Gan's Shot.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

Freedom

Artikel Lain