Wajah Mirip Siti Nurhaliza & Neelofa Bawa Tuah Buat Maisarah - Hiburan | mStar

Wajah Mirip Siti Nurhaliza & Neelofa Bawa Tuah Buat Maisarah

Maisarah dikatakan mirip Siti Nurhaliza dan Neelofa.

PETALING JAYA: Seorang wanita mirip selebriti terkenal Datuk Siti Nurhaliza dan Neelofa iaitu Maisarah Raihan mengakui rezekinya semakin murah apabila ditawarkan untuk menjadi model dan duta produk.

Maisarah, 20, berkata, kehidupannya turut mendapat perhatian selepas gambar-gambar peribadi menjadi menjadi viral di laman sosial awal bulan lalu.

"Sejak zaman sekolah lagi ramai yang tegur saya seperti Izara Aishah, namun bila sudah meningkat dewasa dan memakai tudung ramai pula menyapa saya seperti Siti Nurhaliza dan Neelofa.

"Secara jujurnya, selepas gambar saya menjadi viral kerana dikatakan seperti beberapa artis memang memberi rezeki. Saya banyak menerima tawaran menjadi model dan duta produk," ujarnya kepada mStar Online.

Siti Nurhaliza dan Neelofa (kanan)

Bagaimanapun, Maisarah berkata, dia masih dalam pertimbangan untuk menerima beberapa pengeluar produk yang ingin melantiknya sebagai duta.

Katanya, status dia yang masih belajar di sebuah universiti swasta di selatan tanah air menyukarkannya untuk memberi komitmen kepada produk tertentu.

"Dari segi tawaran semuanya suami saya yang uruskan dan dia tapis dahulu sebab kalau boleh saya tidak suka wajah saya terlalu kerap keluar di laman sosial," ujarnya.

Ditanya sama ada menerima tawaran lakonan, Maisarah berkata, dia belum mendapat mana-mana  tawaran untuk berlakon biarpun pernah terlibat dalam bidang lakonan drama pada usia kanak-kanak.

"Setakat ini tiada pula tawaran untuk berlakon, kalau ada pun mungkin saya tidak boleh buat sebab saya belajar di Johor. Saya pernah berlakon ketika darjah enam yang disiarkan di TV2," ujarnya.

Maisara bersama suaminya Zharif.

Sementara itu, Maisarah berkata, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk membuka akaun kelab peminatnya dengan tujuan tertentu.

Katanya, dia sudah memberi amaran kepada individu menerusi laman sosial palsu itu agar tidak menggunakan akaun tersebut untuk tujuan yang boleh memburukkan namanya.

Maisarah telah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Zharif, 25, pada Mac lalu.

Sarrah Raihan , Siti Nurhaliza , Neelofa

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain