Kumpulan Baharu Eureka Pertaruh Lagu 'Kejari Pelangi' - Hiburan | mStar

Kumpulan Baharu Eureka Pertaruh Lagu 'Kejari Pelangi'

Eureka

PETALING JAYA: Bekas vokalis dan gitaris kumpulan Klangit, Haris bersama dua pemuzik berpengalaman Peakay selaku pemain dram dan Joy Fikri (pemain bass) telah menubuhkan sebuah kumpulan baharu yang diberi nama Eureka.

Haris berkata, mereka bakal mempertaruhkan single berjudul Kejari Pelangi sebagai percubaan pertama kumpulan tersebut untuk bertapak dan mencari ruang dalam industri seni tanah air.

"Proses rakaman Kejari Pelangi dan adunan muzik mengambil masa selama tiga bulan dan dilakukan di E Studios Productions di sini.

"Kami memilih genre moden rock komersial dan alternatif, kami mahu menghasilkan sebuah karya yang bermutu tinggi serta dapat diterima oleh semua golongan dalam dan luar negara," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang nama kumpulan tersebut, Haris berkata, pemilihan Eureka merupakan dalam bahasa Greek yang membawa maksud idea yang positif.

"Kami mempunyai beberapa nama yang difikirkan sesuai dan akhirnya mengambil kata sepakat untuk menggunakan nama Eureka yang bermaksud penemuan idea positif didalam satu pencarian serta di konteks yang berlainan juga merupakan satu pertembungan," ujarnya.

Tambah Haris, single pertama mereka berjudul Kejari Pelangi merupakan hasil ciptaan Haris dan ditulis oleh Li OL.

Katanya, dia berharap lagu tersebut mendapat sambutan dan diterima baik pendengar muzik tanah air. 

Eureka

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Blok Azmin sertai Bersatu - Sumber