suria

Suria FM Lancar 'Bangkit' Gabungan Dayang Nurfaizah, Hazama & Aman Ra

PETALING JAYA: Stesen radio Suria FM pada Sabtu melancarkan klip video berjudul Bangkit yang menampilkan gabungan vokal Dayang Nurfaizah dan Hazama serta penyanyi rap Aman Ra.

Lagu berdurasi kira-kira tiga minit itu adalah ciptaan Omar K manakala lirik ditulis oleh Siti Zaleha yang sebelum ini pernah menulis lagu Allahyarham Sudirman iaitu Anak Muda.

Suria FM dalam kenyataan medianya kepada mStar Online memberitahu, pelancaran klip video ini adalah untuk memperkukuhkan jenama stesen radio berkenaan selain bertujuan menaikkan semangat anak-anak muda untuk bangkit dalam mengejar cita-cita dan impian masing-masing.

Selain itu Bangkit juga memperkenalkan penampilan Hazama yang pertama kalinya berduet dengan penyanyi wanita.

Lagu Bangkit  juga seringkali disiarkan oleh stesen radio itu dan klip videonya boleh ditonton menerusi YouTube.

Suria FM, Hazama, Dayang Nurfaizah

Artikel Lain