DJ Lin Terima Hadiah Pakaian Dalam Peminat Misteri

DJ Lin pernah menghadapi trauma dengan gangguan lelaki misteri. Foto LOW LAY PHON

PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, DJ Lin yang memberitahu dalam masa 10 tahun mengendalikan Suria Cinta, dia pernah menghadapi trauma diganggu lelaki misteri termasuk menerima hadiah pakaian dalam..

DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid, 40, berkata, biarpun emosinya pernah terganggu, dia harus berhadapan dengan situasi itu sambil menyifatkan ia satu cabaran yang harus dilaluinya sebagai seorang juruhebah radio dikenali.

“Biasalah, saya mengelola segmen bertemakan cinta sehingga larut malam. Justeru, tidak saya nafikan akan ada lelaki-lelaki yang cuba dekati saya dengan pelbagai cara. Alasannya, mereka tergoda dengan cara dan gaya penyampaian saya.

"Ada yang dekati dengan cara berhemah malah ada yang sebaliknya.  Jika berhemah, bolehlah saya handle dengan tenang. Tetapi kalau sebaliknya, naik seriau juga," katanya.

DJ Lin ditemui mStar Online pada program 'Karaoke Tangkap Leleh Bersama DJ Lin' bertempat di RedBox The Garden, di sini, Ahad lalu.

Menjelaskan tentang perkara itu, pernah satu ketika dia menerima hadiah berupa pakaian dalam daripada peminat yang tidak dikenali.

Peminat yang hadir pada majlis 'Karaoke Tangkap Leleh Bersama DJ Lin'

“Saya sifatkan ia pemberian daripada peminat psiko yang mungkin ada masalah gangguan jiwa. Memang saya tergamam dan takut sehingga tidak tahu apa yang perlu dibuat ketika itu. Insiden itu membuatkan saya agak trauma untuk pulang dari selepas bertugas pada setiap malam.

“Mujurlah ia tidak berlarutan. Alhamdulillah, kini saya diberi kekuatan dan jalan bagaimana untuk berhadapan dengan orang sebegini. Pendekatan yang saya ambil, jangan terlalu lebih melayan, itu sahaja.

Sementara itu, ketika ditanya soal teman hidup, kata pemenang DJ Radio Wanita Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2010 ini lagi, biarpun sudah 10 tahun bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata, hatinya belum terbuka untuk menerima cinta daripada mana-mana lelaki.

“Bukan saya jual mahal tetapi apa yang boleh saya katakan, kerjaya menjadi antara fokus utama saya buat masa ini. Segment 'Suria Cinta' semakin mendapat tempat di hati pendengar setelah 10 tahun penyiarannya. Saya fikir sekarang bukanlah waktu yang tepat untuk saya memikirkan soal pasangan hidup.

DJ Lin bersama peminat.

“Kerjaya saya hampir berada di puncak. Justeru, saya tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada sekarang dengan memikirkan perkara lain. Cukup saya katakan saya cinta dan suka dengan apa yang saya lakukan sekarang. Saya bahagia di sisi dua cahaya mata yang saya sifatkan sebagai semangat dan kekuatan saya.

Dalam perkembangan lain, DJ Lin bersama produksi 'Suria Cinta' dengan kerjasama produk kosmetik Dnars kini sedang rancak mengadakan sesi 'Pertandingan Karaoke Tangkap Leleh Bersama DJ Lin'.

Para peserta dicari daripada kalangan pendengar setia segmen 'Suria Cinta' menerusi slot khas di mana peserta akan berentap secara saringan dalam memilih juara mingguan sebelum berentap ke pentas akhir untuk menentukan juara.

Segment 'Suria Cinta' keudara di Suria FM pada pukul 8 malam sehingga 1 pagi pada setiap hari Ahad sehingga Jumaat.

Dalam pada itu menerusi Anugerah Pilihan Online (APO2016) DJ lin dicalonkan dalam kategori Penyampai Radio Pilihan Online.

Pencalonan beliau dan deejay lain boleh dibuat dengan melayari  http://apo.mstar.com.my

APO2016 akan disiarkan pada 30 April 2016 menerusi TV2.

DJ Lin, Suria Cinta, Suria FM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain