suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siaran Langsung Anugerah Akademi ke-88 Di HBO

Leonardo DiCaprio antara calon yang disebut-sebut bakal membawa pulang trofi Anugerah Akademi ke-88 pada tahun ini.

PETALING JAYA: Majlis Anugerah Akademi ke-88 akan disiarkan secara langsung dan eksklusif di saluran HBO (Astro 411) dan HBO HD (Astro 431) pada Isnin, 29 Februari ini.

Terdahulu penonton berpeluang melihat gaya selebriti terkenal Hollywood di permaidani merah menerusi program Oscars Red Carpet Live pada pukul 8 pagi hari sama.

Anugerah Akademi ke-88 yang bermula pada pukul 9.30 pagi turut boleh ditonton secara langsung menerusi Astro On The Go selain Astro On Demand.

Tambah manis, Anugerah Akademi pada tahun ini turut diserikan dengan kemunculan Datuk Aznil Nawawi yang akan membuat temubual bersama selebriti Hollywood langsung dari karpet merah acara itu.

Krew media sosial HBO Asia dan hos Janet Hsieh turut melaporkan secara langsung termasuk temubual belakang artis dan rakaman eksklusif.

Anugerah Akademi pada tahun ini dihoskan oleh Chris Rock.

Anugerah Akademi ke-88, HBO HD

Artikel Lain