suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yatt Hamzah Mula Edar Kad Jemputan Kahwin

Yatt Hamzah menamatkan zaman jandanya pada 27 Februari ini.

PETALING JAYA: Desas-desus berita perkahwinan pengacara Yatt Hamzah terjawab apabila pelakon wanita itu telah menghantar kad jemputan nikahnya pada petang Rabu.

Dalam jemputan berkenaan, Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 36, mengesahkan akan berkahwin dengan individu bernama Mohammad Zulfadhli Khiruddin pada 27 Februari ini.


Kad jemputan yang diedar Yatt Hamzah.

Majlis akad nikah akan berlangsung di Shah Alam, kira-kira pukul 8 pagi sementara jamuan untuk tetamu akan diadakan pada 12 tengah hari.

Katanya, majlis tersebut serentak dengan hari lahir puteri kesayangannya Suci Hanania Malika Abdul Mutalib yang berusia 6 tahun.

Yatt sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Mutalib Shukor, 36, pada 29 Mac 2009, namun bercerai talak satu pada 25 Ogos 2015 di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur.
Yatt Hamzah

Artikel Lain