suria

Lufya Omar Jual Tudung Bukan Untuk Kaut Untung

Lufya Omar dilantik jadi duta butik Pre A Porter.

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Lufya Omar memberitahu dia menceburi bidang perniagaan dengan mengeluarkan tudung jenama sendiri iaitu Luffy Luffy Scarves bukan disebabkan untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 31, niat sebenar dalam perniagaan tersebut untuk menarik lebih ramai wanita terutamanya golongan remaja untuk berhijab.

"Saya tahu ramai artis yang kini mengeluarkan jenama tudung dan pakaian sendiri sebagai pendapatan sampingan. Namun saya bukanlah mengikut trend ini.

"Saya juga tidak mahu mengaut keuntungan berlipat ganda dengan jualan ini, cukuplah ia balik modal saya. Apa yang penting niat saya untuk mengalakkan wnaita berhijab dan bergaya," ujarnya.

Lufya bakal melancarkan produk tudung pelbagai warna dan gaya itu dalam masa terdekat ini di butik vendor Pre A Porter di Desa Pandan, dekat sini.

Lufya dengan tudung jenamanya Luffy Luffy Scarves


Semenatara itu, Lufya yang dilantik sebagai jurucakap bagi sebuah butik berkenaan yang terletak di G Village, Desa Pandan, dekat sini mengakui bakal mengalas tanggungjawab tersebut dengan baik.

Lufya berkata, komitmen selama setahun bersama butik tersebut adalah dari segi pemasaran dan promosi.

"Saya berjumpa pihak mereka akhir tahun lalu dan bersetuju untuk perlantikan duta butik ini atas kapasiti sebagai seorang artis, saya juga akan tolong membantu mereka mempromosikan butik ini.

"Lagi pula saya lihat butik ini merupakan projek besar dalam membantu usahawan pelbagai jenama pakaian yang sudah dikenali mahupun baru berjinak-jinak untuk memasarkan barangan mereka," ujarnya.

Tambahnya, beberapa rakan-rakan artis yang mempunyai produk sendiri bakal meletakkan produk mereka di butik vendor berkenaan.

"Saya dalam proses pengeluaran tudung jenama saya sendiri dalam masa terdekat, Insya-Allah akhir Januari ini sudah berada di pasaran.

"Selain itu, kawan-kawan saya seperti Rafidah Ibrahim dan ada beberapa lagi sedang dalam proses rundingan," ujarnya.

Butik Pret A Porter merupakan butik vendor terbesar yang bakal membuka ruang niaga seluas 7000 kaki persegi dengan anggaran mampu memuatkan seramai 70 vendor.

Butik tersebut dijangka akan memulakan operasi sepenuhnya pada Mac dan bakal membuat pelancaran secara besar-besaran pada April depan.

Dalam perkembangan lain, Lufya berkata dia sedang mencari bahan untuk single terbaharunya setelah hampir setahun menyepi daripada dunia nyanyian.

Dia yang sebelum ini pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-enam pada tahun 2008 lalu, berharap kemunculan semulanya tidak menerima ujian seperti mana sebelum ini ketika mula-mula bertudung.

"Insya-Allah memang ada perancangan untuk kembali menyanyi, saya sedang cari bahan yang sesuai dengan imej sekarang.

"Saya harap perancangan itu berjalan lancar, tidak seperti tahun lalu yang mana terlalu banyak dugaan hingga saya rasa putus asa," ujarnya.
Lufya Omar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain