suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shah Iskandar Selamat Bergelar Suami Siti Sarah

PETALING JAYA: Dengan sekali lafaz, pelakon Shah Iskandar sah bergelar suami kepada Siti Sarah Mohd Noor, 30, dengan sekali lafaz  kira-kira pukul 4.30 petang Sabtu.


Acara akad nikah diadakan di The Ballroom At East Coast, Singapura dengan dihadiri 200 orang tetamu.

Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 33, menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin dan dua dulang hantaran.

Aktor tersebut turut menyerahkan wang hantaran berjumlah RM30,000 kepada Siti Sarah.

Pasangan akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan diadakan di lokasi sama pada sebelah malam.

Manakala majlis resepsi di pihak perempuan akan diadakan di Shah Alam pada 16 April depan. 

Pasangan ini mula berkenalan pertengahan tahun lalu dan mengumumkan untuk mendirikan rumah tangga pada Disember lalu.

Shah Iskandar, Siti Sarah

Artikel Lain