suria

Pelakon 'Ali Setan', Azmil Mustapha Tenat Di Hospital Putrajaya

Azmil Mustapha kini berada dalam keadaan kritikal selepas mengadu sakit dada kira-kira pukul empat petang semalam.

PETALING JAYA: Pelakon yang terkenal menerusi filem 'Ali Setan' iaitu Azmil Mustapha dilaporkan dalam keadaan tenat akibat sakit jantung.

mStar Online dimaklumkan pelakon era 80-an itu kini berada di Unit Rawatan Kardiologi, Hospital Putrajaya dekat sini sejak Khamis lalu.

Adik kepada Azmil iaitu Aziph Mustapha menerusi status di laman Facebook miliknya memberitahu abangnya mengadu sakit di bahagian dada kira-kira pukul empat petang Khamis sebelum dikejarkan ke hospital.

"Sebelum mengadu sakit dada kira-kira pukul 4 petang dia berada dalam keadaan baik," katanya.

Menurutnya lagi, keadaan Azmil ketika ini masih tidak stabil dan pihak doktor juga belum mengesahkan keadaan sebenar abangnya ketika ini.

Menurut status itu lagi, Azmil yang juga Ketua Pewagai Ekskutif, Yayasan Inovasi Malaysia kini berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selain menggunakan alat bantuan hayat.

"Ia sangat menyedihkan apabila melihat orang yang kita sayang terbaring di atas katil dengan alat bantuan hayat.

"Sekarang adalah masa yang sukar dan berharap semua dapat mendoakan kesejahteraan abang saya," katanya.

Azmil Mustapha

Artikel Lain